Kerajaan negeri mengenal pasti tapak seluas 1,068 hektar di Tanjung Kidurong di Bintulu untuk dibangunkan sebagai hab petrokimia. FMTNews AbangJohariOpeng
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata, hab petrokimia di Bintulu dijangka mewujudkan 74,000 pekerjaan baru dan berpotensi menjana KDNK tambahan antara RM16 bilion ke RM20 bilion setahun kepada negeri.
BINTULU: Kerajaan Sarawak mengenal pasti tapak seluas 1,068 ekar di Tanjung Kidurong di sini untuk pembangunan hab petrokimia. Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata, tapak tersebut, terletak 36 km dari Taman Perindustrian Samalaju, dianggap sesuai sebagai hab tersebut berdasarkan aksesnya kepada stok suapan, menjadi tumpuan kepada aktiviti lapangan gas luar pesisir dan berdekatan dengan saluran paip gas sedia ada. “Aktiviti seperti industri hiliran ammonia/urea, LNG dan gas kepada cecair telah ada di Bintulu, selain industri berat berdekatan Samalaju,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas melawat tapak tersebut hari ini. Menurut beliau, tapak itu juga berdekatan dengan infrastruktur yang sesuai seperti pelabuhan laut dalam dan rangkaian jalan raya antara mod di Bintulu, selain pelabuhan baru yang sedang dibangunkan di Samalaju oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri . Petroliam Nasional Bhd sedang menjalankan kajian bersama untuk menghasilkan pelan induk hab tersebut. “EPUS dan Petronas sedang mengumpul maklumat dan berbincang dengan pelabur yang berpotensi dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk membangunkan pelan induk yang menyeluruh ,” katanya. Abang Johari berkata, hab petrokimia itu dijangka mewujudkan 74,000 pekerjaan baru di sini dan mempunyai potensi untuk menjana tambahan Keluaran Dalam Negeri Kasar antara RM16 bilion dan RM20 bilion setahun kepada Sarawak. “Ini akan membolehkan Sarawak menambah nilai sumber aslinya sejajar dengan aspirasi negeri untuk mengukuhkan aktiviti hiliran dalam sektor minyak dan gas,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Warga asing berada di Malaysia 30 hari tak perlu kuarantin masuk Sarawak | The Malaysian InsightTetapi mereka masih perlu memohon kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri secara dalam talian.
Read more »
DBKL akan sedia asrama khusus untuk gelandangan, kata Annuar300 gelandangan yang dihantar berkursus di Kuantan dan Sepang akan dipindahkan ke asrama berkenaan. FMTNews DBKL Covid19
Read more »
Sarawak chooses 432ha Bintulu site for first petrochemical hub | The Malaysian InsightAbang Johari Openg wants O&G to make sizeable contribution to achieving state targets for 12MP.
Read more »
Sarawak CM says he has assured Muhyiddin of GPS support for his leadership | Malay MailBINTULU, July 2 — Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Openg said today he assured Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin of Gabungan Parti Sarawak’s (GPS) support for the Perikatan Nasional (PN) federal government under his leadership, at a meeting yesterday. “I told the prime...
Read more »
Hab petrokimia akan dibangun di Bintulu, kata Abang Johari | The Malaysian InsightKM Sarawak itu berkata Petronas sedang menjalankan kajian bersama untuk menghasilkan pelan induk hab tersebut.
Read more »




