839 terima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari keputeraan Agong
SERAMAI 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad Gan Seong Liam, Pengerusi DPS Resources Berhad Sow Chin Chuan, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad Nik Norzul Thani N.Hassan Thani dan komposer Ahmad Khan Nawab Khan. Selain itu Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad Yeoh Choon San, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KK Land Group of Companies Kong Hoi Chieng, Pengarah Urusan Twin Arrow Fertilizer Sdn Bhd Lau Kuan Kam, Panglima Tentera Laut Laksamana Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Jeneral Mohammad Ab Rahman.
Empat penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja yang membawa gelaran “Datuk” pula ialah Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman, Ketua Protokol Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri Mohd Aini Atan, Timbalan Ketua Setiausaha Abdul Halim Hamzah dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Arman Rumaizi Ahmad.
Tiga penerima darjah kebesaran Johan Setia Diraja ialah Asisten Ketua Staf Tadbir Pangkalan Udara Subang Brig Jen Baharudin Abu Hassan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji dan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Siasatan Khas Bukit Aman SAC Mohammad Azlin Sadari.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Total of 839 individuals to be conferred with awards in conjunction with Agong’s birthdayKUALA LUMPUR, June 5 — A total of 839 individuals will be conferred federal awards, honours and medals for 2023 in conjunction with the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah...
Read more »
839 to be conferred with awards in conjunction with King's birthdayKUALA LUMPUR: A total of 839 individuals will be conferred Federal awards, honours and medals for 2023 in conjunction with the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah’s official birthday on Monday (June 5).
Read more »
Jangan jadikan isu agama sebagai polemik, perbalahan politik, titah Agong | The Malaysian InsightAl-Sultan Abdullah bertitah semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Read more »
PM ucap tahniah sempena hari keputeraan rasmi Agong | The Malaysian InsightAnwar Ibrahim turut berharap Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama.
Read more »