Mohd. Muaz berkata, di daerah Kota Setar iaitu dua PPS di Pokok Sena juga jumlah mangsa masih sama iaitu 26 mangsa daripada lapan keluarga di PPS Surau Kampung Permatang Limau dan 22 mangsa daripada enam keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang.
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat apabila seramai 823 mangsa daripada 232 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara di tiga daerah hingga pukul 8 pagi ini.
Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, jumlah mangsa di daerah Pendang kekal seperti semalam. Mohd. Muaz berkata, di daerah Kota Setar iaitu dua PPS di Pokok Sena juga jumlah mangsa masih sama iaitu 26 mangsa daripada lapan keluarga di PPS Surau Kampung Permatang Limau dan 22 mangsa daripada enam keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Tualang.