BERITA NASIONAL TERKINI 776 kes pembakaran terbuka dilaporkan di Selangor sejak Mac
SHAH ALAM: Sebanyak 776 kes pembakaran terbuka dilaporkan di negeri ini sejak Mac lalu sehingga ke hari ini dan angka tersebut meningkat berbanding 673 kes dalam tempoh sama pada 2022.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, terdapat peningkatan signifikan pada kes tersebut apabila segelintir pihak tidak bertanggungjawab masih melakukan aktiviti itu walaupun ketika cuaca panas dan kering. “Kami akan terus melakukan pemantauan kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka di negeri ini,” katanya selepas majlis perhimpunan bulan Jun 2023 dan Majlis Nota Serah dan Terima Tugas di ibu pejabat JBPM Selangor, hari ini.
Beliau menambah, kebakaran lalang dan hutan mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi iaitu sebanyak 332 kes dan diikuti 243 kes pembakaran sampah.Jelas Wan Md. Razali lagi, bomba sering mendapat panggilan orang awam mengenai kebakaran di sekitar Kuala Langat dan Johan Setia, Klang. “Berdasarkan siasatan dua kawasan ini, kami dapati terdapat kawasan pertanian yang menjalankan operasi tanpa kebenaran agensi kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Apple unveils new Mac Studio and brings Apple silicon to Mac ProThe new Mac Studio starts at US$2,066 The M2 Ultra Mac Pro starts at US$7,176 Apple introduced the new Mac Studio featuring M2 Max and the new M2 Ultra, and Mac Pro featuring the new M2 Ultra. Mac Studio Based on Apple’s tests, Mac Studio with M2 Max is up to 50% faster than the previous-generation Mac Studio, which has an Apple M1 Max silicone with a 10-core CPU, a 32-core GPU, 64GB of RAM, and an 8TB SSD.
Read more »
Selangor Civil Defence Force: Evacuees return home as floodwaters recede in Bukit RajaSHAH ALAM, June 5 — All 70 individuals from 16 families who were evacuated due to floods in Bukit Raja, Klang near here have been allowed to return home after floodwaters receded...
Read more »
Selangor lass out to shine in Singapore after winning awardPETALING JAYA: Women’s doubles player M. Thinaah will have additional motivation with Pearly Tan at the Singapore Open after winning the 2021-2022 Selangor Sportswoman award on Sunday.
Read more »
Tunggu meja terbalik sendiri sahaja - PN SelangorSokongan yang positif terhadap kita akan memudahkan Kerajaan Perpaduan untuk tahu parti mana yang benar-benar berfungsi mahupun sebaliknya.
Read more »
Fire breaks out at forklift factory in Selangor industrial zonePETALING JAYA: A fire broke out at a factory manufacturing forklifts on Tuesday (June 6).
Read more »
Sultan Selangor mahu polemik agama diselesaikan segera dengan bijak dan tertib | The Malaysian InsightSultan Sharafuddin menyeru agar semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat terus disemai serta dididik di semua peringkat.
Read more »