Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggariskan tujuh tindakan bagi memperbaiki pencapaian murid dalam subjek Sains dan Matematik.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan tujuh tindakan bagi memperbaiki pencapaian murid dalam subjek Sains dan Matematik.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, penilaian bilik darjah dan ujian akhir sesi akademik akan diperkasakan dengan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi termasuk memperkukuhkan aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik . “Pembelajaran yang menyeronokkan untuk menimbulkan minat dan keyakinan murid terhadap Matematik dan Sains akan diberi keutamaan. “Guru perlu lebih proaktif menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kepada pemahaman konsep asas, KBAT, aktiviti hands-on, penyelesaian masalah dan menggalakkan perbincangan dalam kumpulan,” katanya dalam sidang akhbar khas Pelaporan Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS 2023, di KPM, semalam.
Sebanyak 44 negara dan tiga peserta penanda aras menyertai TIMSS 2023 yang melaksanakan ujian dan soal selidik dalam tiga domain kognitif iaitu mengetahui, mengaplikasi dan menaakul bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan. Berdasarkan dapatan soal selidik, guru Malaysia menyatakan 40.8 peratus murid tiada pengetahuan atau kemahiran asas dalam Matematik, manakala 26.5 peratus dalam Sains.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
7 tindakan KPM tambah baik pencapaian Sains, Matematik murid sekolah menengahKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggariskan tujuh tindakan bagi memperbaiki pencapaian murid dalam subjek Sains dan Matematik.
Read more »
Pelajar pamer kreativiti dalam Karnival STEMPelbagai reka cipta berjaya dihasilkan sempena Karnival Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Peringkat Daerah Pontian
Read more »
Pusat Sains Negara anjur Xporia Sains 2024 tarik minat STEMFESTIVAL Xporia Sains 2024 yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara (PSN), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini
Read more »
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan muridKUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah bertujuan mengurangka...
Read more »
KPT bakal bincang dengan MINDEF bagi tangani salah laku di UPNMPUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan perbincangan komprehensif bersama Kementerian Pertahanan (MINDEF) termasuk mengkaji sem...
Read more »
MOSTI tingkat usaha anjur Karnival STI hadapi Revolusi Industri 4.0LABUAN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terus meningkatkan usaha mengadakan Karnival Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi kes...
Read more »