johorbahru Bimbang dicekup, remaja lelaki berusia 17 tahun memecut keretanya sejauh 15 kilometer (km) sekitar bandar Johor Bahru selain dilapor merempuh beberapa kenderaan lain sebelum berjaya ditahan polis.
Bagi menahannya, tujuh kereta MPV polis terpaksa mengejar dan mengepung kenderaan dipandu remaja terbabit sebelum ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Tebrau, di Johor Bahru, 10.30 pagi tadi.
Terdahulu, suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi enggan memberhentikan kenderaan dipandunya itu selepas diarahkan anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Tebrau hingga ke Taman Mutiara Emas Utama menyebabkan polis terpaksa mengejarnya.Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang miliknya.
"Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah ecstacy seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis ecstacy seberat 4.61 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat 9.84 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram," katanya.
Ayob Khan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 39A , Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan penjara hingga lima tahun dan disebat hingga sembilan sebatan.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 7:26 PM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Berjoging dalam kawasan apartmen, 4 remaja Afghan didakwa langgar PKP | The Malaysian InsightHakim menetapkan 15 Julai ini untuk empat remaja itu membuat pengakuan selepas mahkamah lantik penterjemah.
Read more »
Mayat remaja OKU lemas ditemui di kawasan loji air | The Malaysian InsightLokasi mayat mangsa ditemui adalah sembilan kilometer daripada tempat mangsa dikatakan tergelincir.
Read more »
Penganggur toreh muka anak saudara dipenjara 3 bulanTertuduh mengaku bersalah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap remaja lelaki 16 tahun dengan menoreh rahang pipi kiri mangsa menggunakan pisau. FMTNews TorehMuka
Read more »
9 remaja diambil keterangan bantu siasatan kes deragombak Sembilan remaja diambil keterangan bagi membantu siasatan rakaman video yang tular di media sosial berkaitan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah rumah kebajikan di Selayang.
Read more »
Dua maut motosikal lawan arus bertembung trak pikapserian 'Ketika memandu di lorong kiri, tiba-tiba dua motosikal datang melawan arus di kedua-dua lorong.' -Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu
Read more »
Mayat remaja OKU ditemuiREMAJA orang kurang upaya (OKU) Muhammad Al Hadi Samsuri, 13, yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Cherul, Kemaman, Rabu lalu sudah ditemui pagi ini.
Read more »