Beyond the Breaking News

62 penduduk dipindahkan akibat banjir kilat - Utusan Digital

Malaysia News News

62 penduduk dipindahkan akibat banjir kilat - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tiga kampung tersebut iaitu Kampung Banggol Penyengat, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Padang Limau dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga satu meter selepas air sungai melimpah berikutan bermula kira-kira pukul 4.30 petang.

KULIM: Seramai 62 penduduk daripada 17 keluarga di tiga kampung di mukim Karangan dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka di Sekolah Menengah Agama Ihsaniah, Jangkang di sini selepas kawasan terlibat dilanda banjir kilat, semalam.

Tiga kampung tersebut iaitu Kampung Banggol Penyengat, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Padang Limau dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga satu meter selepas air sungai melimpah berikutan bermula kira-kira pukul 4.30 petang. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kulim, Leftenan Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, mangsa terlibat dipindahkan ke PPS itu bermula pada pukul 7.30 malam selepas paras air semakin meningkat di kampung berkenaan. Sementara itu, menurutnya, kebanyakan penduduk yang dipindahkan itu tinggal di kawasan rendah dan berdekatan dengan sungai. “Seramai 62 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan di PPS iaitu 24 lelaki, 22 wanita, 16 kanak-kanak 16 orang dan dua orang orang kelainan upaya ,” katanya di sini hari ini. Beliau memberitahu, anggota APM memindahkan mangsa yang terlibat dengan mengikuti prosedur operasi standard yang ketat berikutan situasi pandemik Covid-19. Menurutnya, agensi-agensi lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Pejabat Penghulu Mukim, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung dan Polis Diraja Malaysia. “Paras air di kampung terlibat didapati semakin surut hari ini dan mangsa banjir akan dibenarkan selepas keadaan banjir di kawasan tersebut pulih sepenuhnya,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Angka kematian banjir di Turki meningkat kepada 62 orang - Utusan DigitalAngka kematian banjir di Turki meningkat kepada 62 orang - Utusan Digital52 orang maut di wilayah Kastamonu, sembilan di Sinop dan seorang di Bartin.
Read more »

Kebakaran di Sepanyol: Ratusan penduduk berpindah - Utusan DigitalKebakaran di Sepanyol: Ratusan penduduk berpindah - Utusan DigitalSekurang-kurangnya 600 penduduk dari lima pekan di daerah Avila sudah dipindahkan.
Read more »

Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk - Utusan DigitalBerpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk - Utusan DigitalPenduduk Afghanistan terdesak meninggalkan negara itu sehingga sanggup membahayakan nyawa
Read more »

Penduduk ambil inisiatif sanitasi rumah penduduk - Utusan DigitalPenduduk ambil inisiatif sanitasi rumah penduduk - Utusan DigitalInisiatif untuk melakukan proses sanitasi tersebut sudah dibincangkan sejak beberapa hari lalu selepas melihat kes semakin meningkat termasuk terdapat seorang kontak pesakit Covid-19 yang tinggal di pekan ini telah dibawa ke hospital oleh pihak Jabatan…
Read more »

Kebakaran hutan Sepanyol: Hampir 1,000 orang dipindahkan - Utusan DigitalKebakaran hutan Sepanyol: Hampir 1,000 orang dipindahkan - Utusan DigitalKira-kira 1,400 anggota bomba dan helikopter dikerahkan untuk operasi memadam kebakaran.
Read more »



Render Time: 2026-07-22 14:07:49