jasin Kesabaran 62 nelayan Kuala Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam, Jasin yang menunggu pembayaran pampasan sejak beberapa tahun lalu, akhirnya terbalas jua.
Ini berikutan pembayaran pampasan berjumlah RM3,500 setiap nelayan berlesen serta RM1,760 bagi setiap awak-awak itu dilunaskan pada satu majlis ringkas di jeti nelayan berkenaan dan disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, hari ini.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, pembayaran pampasan itu susulan projek pemasangan kabel elektrik ke Pulau Besar, Umbai pada 2013 membabitkan pembinaan 12 menara sejauh 4.7 kilometer."Bagaimanapun, pembayaran hari ini adalah baki pampasan kepada golongan itu dengan jumlah keseluruhan adalah RM199,600," katanya.
Kerja pemasangan kabel bawah laut oleh Tenaga Nasional Berhad dari Pantai Siring ke Pulau Besar bermula pada 5 November 2012 bertujuan menjadikan pulau berkenaan yang berkeluasan 129.64 hektar itu dan menempatkan resort serta kawasan sejarah, sebagai antara produk pelancongan di Melaka.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Berita baik... Qatar Airways mahu beri 100,000 Tiket percuma buat ‘frontliners’Sebagai menghormati Hari Jururawat Antarabangsa 2020, Qatar Airways akan beri tiket penerbangan pergi dan balik 100,000 secara percuma sebagai tanda ‘terima kasih’. FMTNews FMTOhsem QatarAirways HariJururawat
Read more »
Putrajaya terima semula AS$107 juta aset sebagai perjanjian gugur kes terhadap Riza Aziz | The Malaysian InsightTertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan di bawah akta pencegahan wang haram.
Read more »
Polis terima laporan dakwa Dr Zulkifli langgar PKPKajang Polis menerima dua laporan berhubung dakwaan pelanggaran PerintahKawalanPergerakan (PKP) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Read more »
Terima aduan harga tiket penerbangan mahalputrajaya KERAJAAN menerima aduan mengenai kenaikan harga dua kali ganda termasuk bagi tambang penerbangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Read more »
YOBM terima 100 pek makanan asasSEBANYAK 100 pek makanan asas disumbangkan empat agensi kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) sebagai bantuan segera untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang terjejas akibat Covid-19.
Read more »
Dua polis disyaki terima rasuah RM3,000DUA anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, semalam selepas dipercayai menerima wang rasuah RM3,000 daripada seorang lelaki untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan memiliki peralatan menghisap syabu.
Read more »