Penempatan mangsa banjir bermula pukul 12.30 tengah malam tadi.
KUALA PILAH: Seramai 55 orang mangsa banjir di daerah Kuala Pilah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di daerah ini sejak awal pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, pihaknya menerima laporan penempatan mangsa banjir bermula pukul 12.30 tengah malam. “Terdapat kejadian banjir di beberapa lokasi berpunca limpahan air Sungai Muar di Kampung Berembang yang menunjukkan bacaan meningkat dalam keadaan amaran dan jika hujan berterusan ke arah bahaya. “Setakat pagi ini, seramai 55 mangsa telah dipindahkan ke dua lokasi PPS di daerah ini iaitu di Dewan Besar Dangi dan Sekolah Kebangsaan Pilah hari ini. Mangsa yang terjejas dari Rumah Rakyat Kuala Johol, Kampung Changgang dan Kampung Air Taling ” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
“Saya juga dimaklumkan, terdapat sebuah kereta Perodua Viva dan lori telah terperangkap. Bagaimanapun, lori jengkaut saya telah dihantar bagi membersihkan laluan berkenaan. Selain itu, beberapa jalan di Kuala Pilah dan Johol ada yang telah dinaiki air antaranya di Jalan Kepis-Dangi dan telah mula ditutup,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PPS banjir di Selangor ditutup sepenuhnya - Utusan DigitalSemua mangsa banjir Selangor sudah pun pulang ke rumah masing-masing.
Read more »
504 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS - Utusan DigitalJumlah kemasukan ke PPS dijangka terus bertambah susulan paras air masih tinggi.
Read more »
Banjir kilat di tiga buah daerah di NS, lapan PPS baharu dibuka - Utusan DigitalParas air di beberapa sungai di tiga daerah tersebut mencatatkan trend menaik.
Read more »