Hanya calon PH dan BN yang aktif sementara penampilan calon Berjasa dan Gerakan agak terhad kerana kekurangan jentera manakala calon bebas hadapi kesukaran untuk bertemu pengundi. FMTNews Gerakan BN PakatanHarapan TanjungPiai
Bahang pilihan raya kecil yang menjadi fokus antara calon BN dan PH sudah mula dirasai di Tanjung Piai.Hari ini masuk hari ketujuh kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai. Bahang kempen makin dirasai penduduk tempatan. Hanya satu persoalan dilontarkan – siapa yang bakal menjadi wakil rakyat Tanjung Piai. Parti mana bakal diumumkan “juara Tanjung Piai”.
Seminggu berkempen, setiap calon yang bertanding kini sudah mengerakkan “gear” kedua dan akan memasuki “gear” ketiga dalam usaha mendekati dan memikat hati pengundi. Dalam perang antara BN dan PH, tidak ketinggalan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia , Badhrulhisham Abdul Aziz memanaskan keadaan dengan membuat pendedahan PAS dan Umno tidak berbincang dengan partinya ketika mahu bertanding di Parlimen itu. Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan membidas Berjasa dan berkata jangan mengaitkannya dengan Umno.
Dari aspek pengundi Cina, dalam satu program forum kopitiam di DUN Pekan Nanas, kehadiran Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong juga dilihat gagal menarik perhatian lebih ramai pengundi cina. Pengundi Cina ditemui FMT di program itu berkata penerangan pemimpin PH masih belum meyakinkan mereka terutama dalam kelompok warga tua.
Begitu juga dengan penyokong PAS yang ditemui berkata mereka taat kepada Hadi yang berkata perlu memberi sokongan kepada Wee.Namun masih terlalu awal untuk memperkatakan calon mana lebih berpeluang menang pilihan raya kecil Tanjung Piai kerana perjalanan kempen masih ada berbaki seminggu lagi dan segala kemungkinan trend mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SoftBank stepped in to bail WeWork, now its profit plunges 50%In the 3-month period ending Sept 30, operating losses hit a whopping US$6.4 bil. FMTNews
Read more »
Maruah Melayu apa, soal Kadir berhubung laporan hutang bil percutianA Kadir Jasin dipercayai menyindir Azmin Ali susulan sebuah agensi pelancongan memfailkan saman lebih RM300,000 berhubung tunggakan bil perjalanan. FMTNews KadirJasin AzminAli
Read more »
Kenapa Melayu rajin merasuahDi pasar Melaka, yang kita kenali dari buku teks sebagai pasar canggih penuh sistem dan mendatangkan laba; orang Melayu sudah biasa menerima rasuah, dan lazim memberi rasuah. FMTNews Melayu FaisalTehrani SejarahMelayu
Read more »
'Mereka rindukan khidmat saya' | Harian Metro“MEREKA (pengundi) rindukan khidmat saya,” kata calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wee Jeck Seng berkongsi pengalaman sepanjang fasa pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Read more »
Jentera Srikandi Bersatu beri penerangan usaha kerajaan, kata Rina | The Malaysian InsightJentera Srikandi Bersatu beri penerangan usaha kerajaan, kata Rina
Read more »
Muhyiddin admits Chinese not happy with Harapan, but asks for time TG PIAI POLLS | Home Minister is also proposing an economic stimulus package to boost economy.
Read more »