5 maut dalam kemalangan di Kahang
LIMA termasuk dua kanak-kanak maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Batu 13, Kahang, Jalan Kluang-Mersing, Kluang, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Mohd Fauzi Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 4.40 petang yang melibatkan Perodua Myvi dan Honda Stream. Beliau berkata lima mangsa yang maut menaiki kereta Perodua Myvi yang sedang menghala ke Kahang manakala kereta Honda Stream dalam perjalanan ke Kluang dan hujan renyai ketika insiden.
“Ketika bomba sampai, hampir kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang awam. Pihak kami mengeluarkan seorang mangsa daripada dalam Honda Stream,” kata Mohd Fauzi dalam kenyataan, malam ini. Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kluang untuk rawatan selanjutnya manakala yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Bernama, 22 Januari, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas di Gua Musang | The Malaysian InsightKereta Perodua Axia dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung kereta Naza Ria.
Read more »
Singapura, Malaysia bakal meterai MOC dalam ekonomi digital, hijau, kata Tengku Zafrul | The Malaysian InsightMenteri berkata perdagangan digital adalah antara perdagangan yang paling pesat berkembang dan akan mengatasi perdagangan fizikal menjelang 2025.
Read more »
Bekalan ayam, telur kembali normal dan cukup dalam masa terdekat, kata kementerian | The Malaysian InsightMAFS memaklumkan perkara itu antara jaminan dan komitmen yang diberikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM).
Read more »
Percutian keluarga bertukar tragedi, kanak-kanak lemas dalam kolam | The Malaysian InsightKejadian itu disedari sekumpulan kanak-kanak yang ternampak mangsa dalam keadaan tidak sedar diri di dalam air.
Read more »
Suami isteri ditahan terlibat 7 kes curi barang dalam kenderaan | The Malaysian InsightPolis turut merampas beberapa barangan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM20,000.
Read more »
Amaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam dikeluarkan bagi 6 negeri | The Malaysian InsightAmaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam dikeluarkan bagi 6 negeri
Read more »