Berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan JPA hari ini, pegawai-pegawai yang terlibat dengan arahan mobilisasi adalah dianggap menjalankan tugas rasmi.
PUTRAJAYA: Hampir 5,000 anggota perkhidmatan awam digerakkan bagi membantu misi pasca banjir secara berperingkat dan mengikut penggiliran masing-masing.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, ia susulan kenyataan Pejabat Ketua Setiausaha Negara semalam memutuskan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam menyelaras pembahagian kawasan terjejas banjir kepada kementerian. Katanya, arahan tersebut juga merangkumi usaha menyelaras mobilisasi pegawai perkhidmatan awam khususnya bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan.
“Selaras dengan keputusan tersebut, kementerian akan menentukan dan mengarahkan pegawai di agensi masing-masing untuk membantu melaksanakan tugas-tugas pasca banjir berdasarkan kawasan yang ditetapkan dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta. Ia juga dilaksana berdasarkan kawasan yang terjejas teruk bagi tempoh masa tertentu bertujuan meringankan kepayahan dihadapi mangsa-mangsa banjir,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Mohd. Khairul Adib berkata, berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan JPA hari ini, pegawai-pegawai yang terlibat dengan arahan mobilisasi adalah dianggap menjalankan tugas rasmi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Wajar pertimbang bantuan khas RM5,000 untuk keluarga terjejas banjir - Utusan DigitalBAGI membolehkan mereka membeli peralatan rumah yang rosak seperi periuk nasi elektrik, televisyen, mesin basuh dan peti ais.
Read more »
1,600 pokok pisang musnah, pekebun rugi RM25,000 - Utusan Digital'Pokok pisang ini tidak masak serentak dan sebelum kejadian banjir, kira-kira 20 tandan pisang sudah diambil untuk dijual. Bagaimanapun, baki daripada pisang tersebut belum cukup matang dan perlu menunggu hanya beberapa bulan lagi.'
Read more »
Unimap gerakkan misi pasca banjir di Pahang - Utusan DigitalKumpulan tersebut digerakkan secara berfasa dengan mengambil kira bidang kemahiran mereka supaya dapat disesuaikan dengan keperluan dan situasi banjir.
Read more »
Terikat tugas hakiki tidak halang polis bantu mangsa banjir - Utusan DigitalAntara lokasi yang diberikan bantuan iaitu Jalan Bestari 7, Kampung Seri Aman Luar dan Lorong Berkat 2, Kampung Seri Aman Berkat di Puchong.
Read more »
Tangguh projek mega, bantu rakyat terkesan banjir - Anwar - Utusan Digital'Tangguh dahulu projek raksasa, ECRL (projek Laluan Rel Pantai Timur), DNB (Digital Nasional Berhad) puluh-puluh bilion, tangguh dan bayar rakyat dahulu,' katanya.
Read more »
Anggota polis ‘sibuk’ bantu mangsa banjir, isteri dan anak sendiri dibantu orang lain - Utusan Digital'Isteri saya telefon memaklumkan air dah naik di ruang hadapan rumah dan 20 minit kemudian, dia telefon semula serta bagitahu air dah masuk ke dalam rumah. Kejadian sangat cepat.'
Read more »