JPA luluskan pengisian 40,729 jawatan bagi kementerian, jabatan dan agensi pada tahun ini susulan isu-isu perjawatan melibatkan sektor kesihatan, keselamatan, pendidikan dan penguatkuasaan.
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan pengisian sebanyak 40,729 jawatan bagi kementerian, jabatan dan agensi pada tahun ini susulan isu-isu perjawatan melibatkan sektor kesihatan, keselamatan, pendidikan dan penguatkuasaan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah berkata, tumpuan keperluan pengisian jawatan adalah bagi pengoperasian fasiliti yang telah siap dan skim-skim perkhidmatan kritikal di sektor seperti dinyatakan tersebut. “JPA sentiasa komited terhadap keperluan pengisian jawatan bagi semua kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Keluarga Malaysia pada tahap optimum dan terbaik.
“Apatah lagi ketika negara sedang berada di fasa peralihan endemik dan pemulihan negara,” katanya dalam kenyataan. Pada masa sama, beliau berkata, semua kementerian, jabatan serta agensi hendaklah mengikut kelayakan dan peraturan sedia ada bagi pengisian jawatan yang diluluskan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PSD DG: 40,729 positions approved this yearKUALA LUMPUR: A total of 40,729 positions have been approved this year to be filled in ministries, departments and agencies, said Public Service Department (PSD) director-general Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah
Read more »
PSD D-G: Over 40,000 positions up for grabs in govt departmentsKUALA LUMPUR, May 24 — A total of 40,729 positions have been approved this year to be filled in ministries, departments and agencies, said Public Service Department (PSD)...
Read more »
e-hailing: Jangan bergantung kepada satu, dua aplikasiTerdapat 32 tawaran operator aplikasi e-hailing di pasaran setakat bulan April 2022 yang diluluskan operasinya oleh APAD.
Read more »