KualaLumpur Dr Sivamurugan berkata, tidak mustahil juga antara percaturan baru kerajaan sekarang adalah menteri besar akan dibawa ke peringkat pusat contohnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sebaik Pakatan Harapan diumum memenangi pilihan raya umum ke-14, Dr Mahathir pernah menawarkan diri untuk mengambil alih portfolio pendidikan.
“Bagaimanapun, Dr Mahathir menerima kritikan berikutan ia bercanggah dengan manifesto PH iaitu perdana menteri tidak dibenarkan memegang portfolio lain semasa menjalankan tugas, terutama sebagai menteri kewangan.“Sebelum menjadi perdana menteri beliau juga pernah menjadi menteri pendidikan iaitu antara 1974 dan 1977,” katanya.“Saya beranggapan Dr Mahathir calon sesuai, tetapi perlu dilihat adakah mereka masih memegang prinsip PH yang perdana menteri tidak boleh memegang jawatan lain,” katanya.
“Calon lain yang sesuai mungkin Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli Bersatu Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi menggantikan Dr Maszlee.“Malah tidak mustahil juga Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah juga antara calon baru kerana pernah memegang portfolio jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,” katanya.
Katanya, dia tidak pasti sama ada Dr Mahathir mahu mengambil calon dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat sedia ada atau melantik senator dalam bidang pendidikan.“Portfolio Menteri Pendidikan adalah cabang besar dalam kabinet sesebuah kerajaan dan struktur tabir urus negara. Agak sukar membuat ramalan yang tepat mengenai siapa calon baharu menteri pendidikan kerana ia membabitkan percaturan politik namun saya difahamkan satu rombakan Kabinet besar-besaran akan berlaku tidak lama lagi,” katanya.
“Sekiranya ada lagi anggota Kabinet lain melepaskan jawatan mereka, mungkin kita akan melihat rombakan lebih besar kerana ini antara perjalanan politik PH yang dinanti rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Maszlee confirms resignation, heeds 'father-like' Dr M's adviceHis resignation is effective tomorrow.
Read more »
Dr Mahathir to appoint successor to Maszlee | The Malaysian InsightAs education minister throws in the towel, PM to weigh up options before making a decision on replacement.
Read more »
Pakatan still needs to address several issues despite Maszlee's resignation, says Dr WeePETALING JAYA: Several issues will still need a final say from Pakatan Harapan following Dr Maszlee Malik’s resignation as the Education Minister, says Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Read more »
Dr Mahathir lauds Okinawa village cooperatives | The Malaysian InsightVillage-owned and run shops on Japanese island helped people get their daily needs, says PM.
Read more »
'Okinawa village shop' system could help B40 Malaysians, says Dr MKUALA LUMPUR: Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has once again set his eyes on one of the Far East countries in finding a solution to overcome the cost of living issue among the Bottom 40 (B40) group.
Read more »
New chief secretary to govt calls on Dr Mahathir | The Malaysian InsightMohd Zuki Ali also receives appointment letter from the prime minister.
Read more »