39,323 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai, kata menteri
TRIBUNAL Perumahan dan Pengurusan Strata telah menyelesaikan 39,323 kes melibatkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Tribunal Pengurusan Strata dalam tempoh 2018 hingga 2022, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Menerusi kenyataan di Putrajaya hari ini, Nga berkata bagi tempoh itu sebanyak 7,202 kes melibatkan TPPR dan 32,121 kes pula membabitkan TPS.“Pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95% daripada kes yang didaftarkan sejak 2018 walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya yang mahu pencapaian itu diteruskan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
TPPS yang terbahagi kepada dua kategori iaitu TTPR dan TPS berfungsi sebagai forum alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dengan pemaju perumahan serta hal berkaitan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat. Dari segi pemfailan kes, Nga berkata 7,909 kes TPPR dan 31,364 kes TPS didaftarkan bagi tempoh sama. – Bernama, 5 Januari, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rayuan Yusoff Rawther batal pembelaan Anwar 7 AprilMuhammed Yusoff memfailkan rayuan tersebut pada 28 September 2022 selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Ahli Parlimen Tambun itu.
Read more »
Kes denggi naik 150% tahun lepas, kata KP kesihatan | The Malaysian InsightJumlah kumulatif kematian akibat komplikasi denggi pada 2022 pula ialah 56 berbanding 20 bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan 180%.
Read more »
Harga minyak masak botol kekal, kata menteri | The Malaysian InsightHarga minyak masak botol 1kg kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) bagi tempoh 8 Januari hingga 7 Februari.
Read more »
Kabinet akan putuskan isu berkaitan pengembara luar negara, kata menteri | The Malaysian InsightDr Zaliha Mustafa berkata keputusan itu perlu dibuat secara bersama dengan mengambil input daripada pelbagai kementerian.
Read more »
Siasatan terhadap jurulatih tampar pelajar diteruskan, kata menteri | The Malaysian InsightHannah Yeoh berkata ia akan menjadi contoh untuk generasi akan datang dalam sukan.
Read more »