Kejadian berlaku semasa ketiga-tiga anggota polis itu bersama tiga lagi rakan mereka sedang membuat pemeriksaan kenderaan di Kampung Benae Jamong. FMTNews Thailand
Sebutir bom buatan sendiri seberat 10kg meletup dan mencederakan 3 polis, merosakkan beberapa motosikal dan rumah berdekatan.
NARATHIWAT: Tiga anggota polis trafik Thailand yang sedang melakukan sekatan jalan raya cedera selepas sebutir bom meletup di Resak, Narathiwat semalam. Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Resak, Komsan Thikarn berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang semasa ketiga-tiga anggota polis itu bersama tiga lagi rakan mereka sedang membuat pemeriksaan kenderaan di Kampung Benae Jamong.
“Tiba-tiba sebutir bom buatan sendiri seberat 10kg yang disembunyikan dalam satu kotak besi tidak jauh dari tempat kejadian meletup dan mencederakan ketiga-tiga mereka. Letupan itu turut merosakkan beberapa buah motosikal dan rumah yang terletak berdekatan,” katanya ketika dihubungi. Beliau menambah salah seorang daripada yang cedera parah diterbangkan ke Hatyai, Songkhla untuk menerima rawatan di Hospital Prince of Songkhla University manakala dua lagi sedang menerima rawatan di Hospital Narathiwat.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Masuk rumah, terus tembakLELAKI cedera selepas ditembak menggunakan senapang di lutut di sebuah rumah di Kampung Darang Buaya, Jerteh, kelmarin.
Read more »
Polis tahan 45 suspekJAKARTA: Polis menahan 45 suspek selepas satu serangan bunuh diri yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daish dilakukan di sebuah balai polis hingga mencederakan enam yang lain di Medan, Indonesia minggu lalu.
Read more »
Polis tak boleh sebarangan periksa telefon bimbit, kata bekas KPNPolis hanya berhak berbuat demikian bagi tujuan siasatan selepas terdapat aduan dibuat. FMTNews Periksa telefon Orangawam
Read more »
'Toyol' dah dicekupkepalabatas Tiga orang termasuk dua pelajar ditahan polis dalam beberapa serbuan berasingan selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah kedai runcit di Taman Sri Serdang, Kepala Batas.
Read more »
14 kaki judi, bookie ditahankualalumpur Sekumpulan kaki judi ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pertaruhan tidak sah di sebuah premis di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur semalam.
Read more »