3 individu ditahan dipercayai dera, rogol budak 7 tahun
POLIS menahan tiga individu termasuk seorang wanita semalam kerana dipercayai terlibat dengan kes merogol dan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Manjung.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Chong Boo Kim berkata seorang lelaki membawa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu ke sebuah balai polis di Manjung pada 11.50 pagi semalam, selepas menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dalam keadaan tidak terurus dan kusut. “Pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan dipercayai mangsa dirogol dan didera serta terdapat kesan kecederaan lama dan baharu.
“Sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menahan kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun itu di pekarangan sebuah balai polis pada 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini. Choong berkata kesemua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman hingga 23 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 dan 14 Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak. – Bernama, 18 April, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MOF wants full report on Labuan’s economic issues | The Malaysian InsightDeputy minister says need for thorough study, solutions.
Read more »
China, Ukraine headline as G7 foreign ministers meet | The Malaysian InsightLeaders set to discuss an array diplomatic and security challenges.
Read more »
2 killed in Iraqi Kurdistan in strikes blamed on Turkey | The Malaysian Insight2 killed in Iraqi Kurdistan in strikes blamed on Turkey
Read more »
Renters despair over cut-throat London market | The Malaysian InsightProspective tenants tell of high rent and discrimination as demand soars.
Read more »
Don’t be influenced by Raya speculations, Muslims told | The Malaysian InsightPerak deputy mufti advises faithful to wait for Keeper of the Ruler’s Seal's announcement.
Read more »
Aidilfitri: Bekalan cukup, elak pembelian panik, pesan menteri | The Malaysian InsightRakyat tidak perlu bimbang kerana penguat kuasa sentiasa memantau bekalan barangan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran.
Read more »