kualalumpur Walaupun arahan PKP sudah dikeluarkan, namun sejumlah 3.1 juta rakyat Malaysia dikesan berdegil dan memaksa lebih 50,000 anggota tentera, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan dikerah melakukan pemantauan.
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, majlis keselamatan negeri dan pusat pengurusan bencana daerah juga akan digerakkan untuk menguatkuasakan dengan tegas peraturan itu dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
“Kita juga mendapati orang ramai turut tertumpu di pasar pagi dan pasar raya dalam keadaan bersesak yang nyata menggagalkan misi PKP ini, jadi kerajaan juga setuju tempatkan polis dan tentera di kawasan berkenaan,” katanya yang juga Menteri Pertahanan dalam sidang media harian, hari ini. “Hari ini bermula Angkatan Tentera Malaysia membantu polis bagi memastikan PKP dipatuhi sepenuhnya.
Menurutnya, sehingga kini 1,462 anggota Rela digerakkan dan 3,000 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga akan membantu.“Selain itu, polis mewujudkan satu ‘task force’ bersama ATM dan kita dimaklumkan majlis keselamatan negeri juga sudah digerakkan untuk memantau setiap daerah supaya rakyat terus patuh arahan kerajaan,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pulau Pinang akan sita, tarikh balik lesen pengusaha degil waktu PKP | The Malaysian Insight\n\nBanyak premis penjaja dibuka mengundang kesesakan dan ada kedai makan benar pelanggan makan di kedai.
Read more »
Permintaan sayur, buah segar turun sejak PKP dilaksanakan | The Malaysian InsightBekalan hasil tani itu juga berlebihan di pasar kerana pengguna lebih banyak membeli makanan kering.
Read more »
Rapid KL kaji semula operasi perkhidmatan sepanjang tempoh PKP | The Malaysian InsightKekerapan perkhidmatan tren Rapid KL telah diubah kepada selang 10 minit, dari 7 pagi hingga 9 pagi dan 4.30 petang hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat.
Read more »
PKP: Perkhidmatan logistik, pengangkutan boleh beroperasiMESYUARAT Jawatankuasa Permohonan Pengecualian Industri, hari ini, memperakukan keputusan bahawa kebenaran beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan kepada syarikat di dalam sektor pembuatan penting dan kritikal oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut terpakai kepada perkhidmatan logistik dan pengangkutan di bawah syarikat berkenaan.
Read more »
Pulau Pinang akan sita, tarikh balik lesen pengusaha degil waktu PKP | The Malaysian Insight\n\nBanyak premis penjaja dibuka mengundang kesesakan dan ada kedai makan benar pelanggan makan di kedai.
Read more »
Penghuni PPR dikecuali satu bulan sewa, umum menteri | The Malaysian InsightZuraida Kamaruddin berkata langkah itu dibuat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan arahan PKP.
Read more »