Melibatkan tujuh kawasan di mukim Bagan Datuk, tujuh kawasan di mukim Hutan Melintang, tiga kawasan di mukim Teluk Bharu dan empat kawasan di mukim Rungkup.
BAGAN DATUK: Sebanyak 21 lokasi di daerah ini diancam kemungkinan dilanda banjir kilat akibat fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku mulai esok hingga 8 November ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Bagan Datuk, Kapten Mohd Zaidi Ahmad berkata, berdasarkan data bacaan paras air yang dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia, paras air tertinggi ialah 3.4 meter pada Jumaat dan Sabtu ini yang berisiko melimpah ke kawasan penempatan penduduk jika ia turut disusuli hujan lebat berterusan.
“Paras air boleh menjadi lebih tinggi jika hujan lebat berterusan dan paras air ini akan menyebabkan limpahan ke kawasan pesisiran pantai dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum surut semula,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Menurut beliau, 21 lokasi itu melibatkan tujuh kawasan di mukim Bagan Datuk, tujuh kawasan di mukim Hutan Melintang, tiga kawasan di mukim Teluk Bharu dan empat kawasan di mukim Rungkup.
Justeru, notis makluman mengenainya sudah dikeluarkan kepada penduduk di lokasi terlibat terutama yang tinggal di pesisiran pantai supaya sentiasa bersiap siaga sepanjang tempoh tersebut. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kedah MB Sanusi now a 'Datuk Seri'He is among dozens granted titles by Kedah ruler.
Read more »
Nadma siap siaga hadapi bencana banjir di Pantai Timur - Utusan DigitalMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata, pihaknya meramalkan banjir besar akan melanda beberapa lokasi di Pahang dan Terengganu seperti yang berlaku tahun lalu.
Read more »
Tiga maut ditembak pasang muzik masa majlis kahwin - Utusan DigitalKetika kejadian beberapa lelaki sedang bermain alat muzik dalam bilik berlainan sebelum didatangi penyerang yang melepaskan tembakan.
Read more »
Tiada ‘abang besar’ dalam PN - Gerakan - Utusan DigitalTiada ‘abang besar’ dalam PN – Gerakan
Read more »
Banjir kilat, jalan raya Lembah Klang sesak dinaiki air - Utusan DigitalMalah situasi sama terjadi melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban apabila air bertakung di susur Bukit Jalil dan hanya satu lorong kanan boleh dilalui kenderaan.
Read more »