kotatinggi إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Dua maut, manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Jalan Mawai, Batu 6 di Kota Tinggi, petang hari ini.
Kejadian kira-kira 6 petang itu mengakibatkan pemandu kereta Toyota Corona, Ruslan, 35, dan anak tirinya, Puteri Soffieya Mohd Sukri, 8, maut di tempat kejadian.
Kemalangan itu turut mengakibatkan isteri mangsa, Norhamidah Abd Razak, 33, dan anak perempuannya, Puteri Arnita Ruslan, 2, serta pemandu lori mengalami kecederaan. Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, sebuah jentera bersama 10 anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 6.14 petang.
“Berdasarkan maklumat, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu lori Scania dan sebuah kereta Toyota Corona. “Kedua kenderaan itu bertembung dan ada lima mangsa di dalam kereta dan seorang dalam lori terbabit,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.Katanya, pemandu lori mengalami luka kecil, manakala pemandu kereta yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.“Pasukan bomba mengambil masa tujuh minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MIC: Leave Jalan Tun Sambanthan as is - find another road for Jalan HarmoniSaravanan urges Mujahid to find another road to rename to promote unity and harmony.
Read more »
Mujahid cadang tukar nama jalan di Brickfields kepada Jalan HarmoniMenteri berkata Jalan Harmoni simbolik perpaduan kerana Brickfields mempunyai rumah-rumah ibadat semua agama.
Read more »
Setiap jalan di Brickfields ada sejarah, pengerusi Rukun Tetangga tegur MujahidS Kanakiahnaidu berkata menukar nama jalan di Brickfields kepada Jalan Harmoni boleh mengundang kemarahan orang ramai.
Read more »
2 lokasi tanah runtuh Cameron HighlandsDUA kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku hari ini membabitkan dua lokasi berbeza yang mengakibatkan laluan Jalan Ringlet-Blue Valley dan Jalan Ulu Merah terhalang.
Read more »
Dua mayat dijumpai terapungpontian Dua mayat dijumpai terapung di dua lokasi berasingan dekat Tanjung Laboh, Batu Pahat dan Sungai Tampok, Benut di Pontian, pagi ini.
Read more »
Warga emas maut melintas jalanJohorBahru Dalam kejadian 5.05 pagi itu, dua lelaki masing-masing warga emas berusia 61 tahun dan 67 tahun, parah di kepala dan badan sebelum maut di tempat kejadian.
Read more »
Mujahid suggests a ‘Jalan Harmoni’ in Brickfields to reflect racial unityInspired by a similar street in Penang, dotted with various houses of worship, the minister in charge of Islamic affairs is proposing a name change.
Read more »
Cadang besarkan jalan di Kuala PilahSeremban Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith berkata, beliau mencadangkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk membesarkan jalan dari Ulu Bendul ke Terachi.
Read more »
Jalan Bernama residents protest against planned 51-storey tower | The Malaysian InsightThey say the development will worsen already bad traffic congestion in the area.
Read more »
Dua maut dalam kemalangan empat kenderaanGuaMusang Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sempadan Kuala Krai, Gua Musang, hari ini.
Read more »