Beyond the Breaking News

2 masalah serentak berlaku di Sri Aman

United States News News

2 masalah serentak berlaku di Sri Aman
United States Latest News,United States Headlines

Turut menghadapi masalah kekurangan bekalan air. utusanonline

Residennya, Indit Bangai berkata, ketika ini semua aset daripada kerajaan telah dikerah bagi membantu semua penduduk yang terjejas. “Bagi bantuan jerebu, sebanyak 80,000 penutup hidung dan mulut akan diagihkan kepada penduduk di sekitar bandar ini termasuk murid sekolah dan penjawat awam.

“Selain itu, bantuan memadam kebakaran terbuka yang berlaku di kawasan Lingga dan Kampung STC dengan kaedah ‘water bombing’ oleh APMM ,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Bahagian Sri Aman, di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, pesawat jenis Bombardier milik APMM itu akan tiba dari Miri pada 1 tengah hari ini bagi melakukan kerja pemadaman selama kira-kira dua jam. Sementara itu, Jurutera Air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Sri Aman, Adzahari Baini berkata, ketika ini lapan daripada 10 loji di Sri Aman menghadapi kesurutan paras air. “Lapan loji itu ialah Bayai, Stumbin, Seduku, Lingga, LDS, Engkilili, Melugu dan Pantu yang telah berada pada paras kritikal ekoran keadaan cuaca panas dan tidak menerima hujan sejak bulan lepas. “Sekiranya keadaan berterusan dan tiada hujan, lebih 15,000 kediaman di Sri Aman yang mempunyai paip meter berdaftar akan terjejas,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pencatuan air di beberapa loji yang terjejas itu. “Namun catuan yang lebih kritikal dilakukan di loji Lingga, Stumbin, Seduku, Melugu dan terbaharu di Engkilili,” katanya. Kualiti udara di Sri Aman secara umumnya menunjukkan penurunan setakat 8 pagi ini daripada peringkat bahaya kepada sangat tidak sihat. - BERNAMA

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Air in Sarawak’s Sri Aman district a ‘hazardous’ 365 at 8am | Malay MailAir in Sarawak’s Sri Aman district a ‘hazardous’ 365 at 8am | Malay MailKUCHING, Sept 17 ― Air pollution in Sri Aman has breached the red zone on the Air Pollutant Index (API) with readings shooting up overnight to 365 as at 8am today. The Department of Environment’s hourly monitoring statistics of air quality shows that the API reading for the Sarawak town...
Read more »

Haze: Sri Aman in S'wak records 'hazardous' air levelHaze: Sri Aman in S'wak records 'hazardous' air levelAs at 8am today, three other areas recorded 'very unhealthy' Air Pollution Index readings.
Read more »

Jerebu: Sri Aman catat paras bahayaJerebu: Sri Aman catat paras bahayaKUALA LUMPUR 17 Sept. - Kawasan Sri Aman, Sarawak mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada paras bahaya sejak pukul 3 pagi tadi iaitu 311 dan terus meningkat kepada 365 pada pukul 8 pagi tadi.
Read more »

Jerebu di Sri Aman capai tahap bahaya | The Malaysian InsightJerebu di Sri Aman capai tahap bahaya | The Malaysian InsightBacaan indeks pencemaran udara melebih 300 pada jam 3 pagi dan naik kepada 367 pada jam 9 pagi ini.
Read more »

Sri Aman air now ‘hazardous’ | The Malaysian InsightSri Aman air now ‘hazardous’ | The Malaysian InsightSarawak area recorded API reading of 367 at 9am.
Read more »



Render Time: 2026-06-09 02:15:03