2 lelaki menyamar anggota polis ditahan
POLIS menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam dipercayai menyamar sebagai anggota polis di sebuah kawasan perumahan di Kukup, Pontian, petang semalam.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata tangkapan pada pukul 6 petang ke atas warga tempatan berumur 43 dan 48 tahun itu susulan satu laporan berhubung video tular menerusi media sosial pada 1.52 tengah hari, hari yang sama.“Seorang daripada mereka yang ditahan berumur 48 tahun turut mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Kamarul Zaman berkata pihaknya turut merampas satu baju pantulan cahaya, satu lampu mata arah mudah alih, satu lampu suluh, satu headlight serta sebuah kereta Honda City berserta anak kunci. Beliau berkata seorang daripada suspek direman selama dua hari mulai hari ini, manakala seorang lagi iaitu penjawat awam berumur 43 tahun dibebaskan dengan jaminan polis. Kamarul Zaman berkata polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras jenayah dan penyeludupan serta individu yang menyamar sebagai polis.
Semalam, tular video berdurasi 26 saat melalui Facebook menunjukkan sebuah kereta sedang dikejar sebuah lagi kereta yang dipercayai menggunakan lampu beacon berwarna biru seolah-olah kereta polis di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara bersebelahan laluan keluar Plaza Tol Sedenak, dekat Kulai. – Bernama, 6 Jun, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemandu rempuh penunggang motosikal dibebas dengan jaminan polis | The Malaysian InsightLelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan.
Read more »
3 lelaki dikesan menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara Selatan | The Malaysian InsightSuspek menggunakan lampu beacon biru seakan pasukan polis telah cuba menahan mangsa.
Read more »
Ketua Polis Pulau Pinang terima 6 keping 'duit mayat', nota amaran | The Malaysian InsightNota yang diterima pada 1 Jun lepas melalui Pos Malaysia meminta polis Pulau Pinang hentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen di negeri itu.
Read more »
Fire Dept deploys tracker dogs to locate missing boy | The Malaysian InsightFire Dept deploys tracker dogs to locate missing boy
Read more »
Kim’s sister slams UN meeting on Pyongyang’s spy satellite launch | The Malaysian InsightKim’s sister slams UN meeting on Pyongyang’s spy satellite launch
Read more »
Firemen rescue 7 people trapped by floodwaters | The Malaysian InsightSelangor Fire Dept says victims trapped in driving institute.
Read more »