Polis Selangor sedang giat mempertingkatkan usaha bagi memburu saki-baki ahli geng itu UtusanOnline UtusanMalaysia BeritaUtusan
Kini, polis Selangor sedang giat mempertingkatkan usaha bagi memburu saki-baki ahli geng itu dan yakin kesemua penjenayah tersebut akan dicekup dalam masa terdekat hasil maklumat rakan mereka sendiri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, tangkapan dua suspek itu dilakukan semalam hasil maklumat yang diperolehi dari dua rakan suspek yang ditahan sebelum ini."Hasil siasatan terhadap dua lelaki yang ditahan terlebih dahulu mendapati mereka terlibat dalam kes itu. Keempat-empat suspek yang ditahan berusia 20 hingga 30-an," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau menambah, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada kumpulan suspek ini terlibat dalam kegiatan samun di negeri lain selain Selangor. Media sebelum ini melaporkan, tiga kes samun dan cubaan samun berlaku di Klang, Kuala Langat dan Puchong membabitkan antara enam hingga lapan lelaki menaiki motosikal yang bersenjatakan parang. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis Selangor rampas dadah lebih RM1.7 jutaSuspek ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan polis kemudiannya menemukan 2.3 kg bernilai RM113,900 syabu diikat pada kedua-dua paha serta betisnya UtusanOnline UtusanMalaysia BeritaUtusan
Read more »