2 kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat

Malaysia News News

2 kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Dua kawasan yang mengalami kesan teruk fenomena jerebu itu ialah Sri Aman yang merekodkan IPU 248, dan Kuching 241. utusanonline

Berdasarkan bacaan dipaparkan dalam laman web http://apims.doe.gov.my setakat pukul 6.00 petang ini, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia mendapati dua kawasan yang mengalami kesan teruk fenomena jerebu itu ialah Sri Aman yang merekodkan IPU 248, dan Kuching 241.

Selain itu, tujuh lagi stesen di Sarawak mencatat IPU sederhana melibatkan Mukah , Kapit , Bintulu , Samalaju , SK Kuala Baram 2 , Limbang dan Miri . Sementara di Semenanjung Malaysia, enam stesen mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Johan Setia, Selangor ; Cheras, Kuala Lumpur ; Nilai, Negeri Sembilan ; Batu Muda, Kuala Lumpur ; Putrajaya dan Petaling Jaya , manakala stesen lain mencatat IPU sederhana.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia , Jailan Simon berkata, keadaan jerebu secara amnya bertambah baik di utara dan tengah Sarawak dengan kebanyakan tempat menunjukkan jarak penglihatan baik dan IPU sederhana berikutan hujan di kawasan itu pada awal pagi tadi dan berkurangnya bilangan titik panas di selatan Kalimantan, Indonesia.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Jerebu: 3 kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat, Sabah sederhanaJerebu: 3 kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat, Sabah sederhanaIPU semua kawasan di Sabah mencatatkan bacaan sederhana pagi ini. FMTNews
Read more »

Lembah Klang, Sarawak catat bacaan IPU tidak sihat | The Malaysian InsightLembah Klang, Sarawak catat bacaan IPU tidak sihat | The Malaysian InsightBacaan IPU paling teruk adalah di Sri Aman iaitu sangat tidak sihat dengan bacaan 241.
Read more »

3 lokasi IPU tidak sihat di Sarawak3 lokasi IPU tidak sihat di SarawakTIGA lokasi di Sarawak hari ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, meningkat satu kawasan berbanding dua, semalam.
Read more »

4 kawasan IPU tak sihat di Sarawak4 kawasan IPU tak sihat di Sarawakkuching Kualiti udara sangat tidak sihat di Sarawak, hari ini, meningkat kepada empat kawasan dengan terbaharu Sarikei mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 202 pada 8 pagi, hari ini.
Read more »

Sarikei, tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihatSarikei, tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihatKUCHING 9 Sept. - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarikei meningkat kepada sangat tidak sihat, sertai tiga kawasan lain di Sarawak dalam kategori sama setakat 8 pagi ini.
Read more »



Render Time: 2025-04-22 20:12:53