Kegiatan terbongkar selepas seorang ahli perniagaan mendapati wang sumbangan dikatakan untuk disalurkan kepada anak yatim sebenarnya tidak wujud. FMTNews NikEzanee
KUALA LUMPUR: Polis menahan 2 wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan menipu wang sumbangan untuk rumah anak yatim yang tidak wujud melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM500,000 dalam 2 serbuan berasingan, semalam.
Ketua Polis Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 34 dan 24 tahun itu ditahan di Kajang, Selangor dan Tanah Merah, Kelantan. Kegiatan mereka terbongkar awal bulan ini selepas seorang lelaki berusia 72 tahun yang juga ahli perniagaan mendapati wang sumbangan dikatakan suspek untuk disalurkan kepada anak-anak yatim sejak 2017 itu sebenarnya tidak wujud.
“Ahli perniagaan itu bersama-sama rakannya telah pergi ke lokasi dikatakan rumah anak-anak yatim di Tanah Merah, Kelantan; Simpang Empat, Pulau Pinang; dan Ipoh, Perak untuk melawat namun didapati semua penempatan itu tidak wujud,” katanya dalam kenyataan. Nik Ezanee berkata kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan seorang daripada suspek direman 4 hari manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Niat nak bantu rumah anak yatim, lesap lebih RM500,000petalingjaya KONONNYA duit sumbangan diterima sejak lebih tiga tahun lalu disalurkan ke empat rumah anak yatim daif di tiga negeri.
Read more »
Najib dituntut bayar cukai RM1.69 bilion - apa terkini?Seorang pakar cukai mengatakan Najib Razak perlu membuktikan wang yang diterimanya adalah sumbangan dan bukan berbentuk pendapatan. FMTNews NajibRazak LHDN CukaiPendapatan
Read more »
Tokan dadah flat ditahankualalumpur Tokan dadah yang baru sebulan disyaki mengedar dengan mensasarkan penduduk di kawasan flat di Pantai Dalam, Kuala Lumpur mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Read more »
Remaja cuba seludup barang kawalan ditahankudat Remaja lelaki ditahan selepas disyaki cuba menyeludup petrol dan tong gas ke negara jiran di perairan Pitas, dekat Kudat semalam.
Read more »
Sindiket seludup rokok tumpasBatu Pahat: Seorang lelaki disyaki ahli sindiket penyeludupan rokok dan membekalkannya ke kedai runcit di sekitar daerah ini ditahan di sebuah premis di Jalan Parit Yaani, Yong Peng, di sini, semalam.
Read more »
Penyamun pemandu e-hailing ditahankualalumpur LELAKI yang disyaki menyamun pemandu e-hailing di Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur ditahan polis di sebuah rumah kelmarin.
Read more »