Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam penculikan 5 nelayan Indonesia di perairan Malaysia, baru-baru ini. FMTNews Filipina Esscom
Suspek dikatakan menaiki bot ketika terserempak dengan pasukan keselamatan Filipina di perairan Pulau Jolo.
KOTA KINABALU: Dua daripada 6 lelaki yang dipercayai menculik 5 nelayan Indonesia di perairan Malaysia awal bulan lalu, ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan Filipina. “Suspek ditembak mati 2 hari lalu oleh rakan sejawatan Filipina kita,” kata komander Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah , Hazani Ghazali, yang mengesahkan kejadian itu.
Pada 15 Jan lalu, 5 warga Indonesia – Arsyad Dahlan, 41, La Baa, 32, Riswanto Hayano, 27, Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29 – diculik lelaki bersenjata di perairan Tambisan di Lahad Datu.Esscom menerima maklumat mengenai penculikan itu pada hari berikutnya daripada 3 nelayan lain yang melompat ke laut untuk melarikan diri.Sementara itu, difahamkan 2 suspek terbunuh selepas berbalas tembakan dengan pasukan Filipina di perairan Pulau Jolo, di selatan Filipina.
Menurut sumber, suspek baru saja membebaskan 5 mangsa yang diculik di sebuah pulau yang tidak dinyatakan di selatan Filipina dan menuju ke pulau lain apabila mereka melarikan diri daripada pihak berkuasa.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis tunggu ujian kedua kes Adun Dengkil positif dadah | The Malaysian InsightUjian awal mendapati Adun tersebut bersama 15 lain positif dadah semasa serbuan di sebuah parti.
Read more »
Tiada tuntutan bayaran tebusanPOLIS belum menerima panggilan telefon menuntut bayaran tebusan untuk lima nelayan warga Indonesia diculik kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) di perairan Tambisan, 15 Januari lalu.
Read more »
Tunggu laporan patologikualalumpur Polis masih menunggu laporan daripada pakar patologi berhubung ujian air kencing terhadap 16 individu disyaki positif dadah ketika serbuan di sebuah kediaman di Jalan Puchong, 13 Januari lalu
Read more »
Mati dalam bilik motelkuching Seorang lelaki ditemui mati di dalam bilik sebuah motel di Jalan Song Thien Cheok di Kuching, hari ini dipercayai akibat serangan jantung.
Read more »
Rampas bubu naga di kawasan laranganAGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tanjung Sedeli merampas lima bubu naga dipasang di perairan RAPID Pengerang, Kota Tinggi yang diwartakan sebagai kawasan larangan menangkap ikan hari ini.
Read more »
Kanak-kanak warga China akan dibenarkan keluar hospital hari ini | The Malaysian InsightWarga China itu didakwa dilarikan oleh ibu bapanya dari Hospital Kemaman selepas disyaki dijangkiti koronavirus.
Read more »