2 beradik rentung dalam kebakaran di Gombak, kata Bomba
DUA beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan. Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak diarahkan ke lokasi kejadian.
“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah dikunci. – Bernama, 2 Januari, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Water main bursts, cutting supply to 83 areas in Gombak, Kuala Lumpur | The Malaysian InsightWater main bursts, cutting supply to 83 areas in Gombak, Kuala Lumpur
Read more »
83 kawasan di Gombak, KL tiada air selepas paip pecah | The Malaysian InsightPemulihan bekalan akan berbeza-beza bagi semua kawasan terjejas, kata Air Selangor.
Read more »
Air Selangor: Unscheduled water disruption in 83 areas in Gombak, KL due to burst pipePETALING JAYA: Air Selangor says a burst pipe at the Bukit Indah Industrial Park in Sungai Buloh has led to unscheduled water cuts for 83 areas in Gombak and Kuala Lumpur.
Read more »
Air Selangor promises to restore water by 9pm tomorrow | The Malaysian InsightBurst main prompts cuts across 83 areas in Gombak and Kuala Lumpur.
Read more »
Tapir sesat di parkir hotel dibawa ke Zoo Melaka | The Malaysian InsightPerhilitan dan bomba mengambil masa 4 jam untuk menangkapnya.
Read more »
Unit K9 digerak esok bantu siasat kebakaran Jakel | The Malaysian Insight2 ekor anjing pengesan khas digunakan bagi mengenal pasti punca kebakaran, kata bomba.
Read more »