Mengikuti 40 program pengajian di 11 fakulti antaranya perubatan, sains kesihatan, pengajian kontemporari Islam, perniagaan dan pengurusan.
KUALA NERUS : Seramai 2,299 pelajar baharu pengajian peringkat ijazah sarjana muda mendaftar bagi kemasukan semester satu sesi 2022/2023 di Universiti Sultan Zainal Abidin di sini, esok.
Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, kesemua pelajar baharu itu mengikuti 40 program pengajian di 11 fakulti antaranya perubatan, sains kesihatan, pengajian kontemporari Islam, perniagaan dan pengurusan. “UniSZA berharap pelajar yang mendaftar di Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan kampus dan membina kecemerlangan diri demi kecemerlangan universiti.
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan semoga dapat mengikuti pengajian sambil menjaga nama baik UniSZA. Pada semester ini semua pelajar akan mengikuti pengajian secara bersemuka dan akan ditempatkan di kolej kediaman yang telah UniSZA sediakan” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Umno mahu PAS, tak yakin bergerak solo PRU15, kata pemerhati | The Malaysian InsightIa sedar tak mampu menang lebih 40 kerusi Parlimen, mahu tarik parti Islam besarkan peluang menang.
Read more »
Bank Islam: Raising ASB, ASB2 limit to RM300,000 under Budget 2023 will inculcate savings culture amid rising interest rate regimeKUALA LUMPUR, Oct 8 — The maximum individual limit for Amanah Saham Bumiputera (ASB) and ASB2 which has been raised to RM300,000 starting 2023 would further inculcate the...
Read more »
Setahun buat kajian, Fazley Yaakob hasilkan menu baharu untuk pesakit'Saya menjalankan kajian selama setahun untuk memastikan setiap menu yang dihasilkan tepat dan menepati kriteria yang ditetapkan......'
Read more »
Seni karate elak jadi mangsa buliPenganjur Kejohanan Kick Start Self Defense, Firdaus Tajuddin berkata, dengan teknik mempelajari melawan dan mempertahankan diri, mereka yang terbabit dalam kelab seni mempertahankan diri boleh mengurangkan risiko terdedah sebagai mangsa buli.
Read more »