SPRM sahkan menerima aduan dibuat Najib Tun Razak terhadap Pengurus Kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berhubung isu 1MDB hari ini.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan telah menerima aduan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak terhadap Pengurus Kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berhubung isu 1Malaysia Development Berhad di sini hari ini.
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu aduan tersebut meliputi semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan. Terdahulu, bekas perdana menteri itu hadir membuat laporan kepada SPRM terhadap Tim Leissner, yang merupakan bekas pengurus kanan Goldman Sachs yang telah mengaku bersalah di mahkamah AS kerana merasuah pegawai 1MDB dan pegawai kerajaan Malaysia.
Laporan itu dibuat bertujuan mendapatkan senarai pegawai yang disogok Leisner berhubung skandal 1MDB, yang dipercayai boleh membersihkan namanya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Puluhan juta peruntukan MITRA diseleweng, SPRM tahan 16 pengarah syarikat - Utusan DigitalPuluhan juta telah dilesapkan oleh kumpulan itu, yang pada asalnya memohon geran peruntukan MITRA bagi melaksanakan program-program sosioekonomi masyarakat India di negara ini.
Read more »
Seleweng peruntukan MITRA: 16 pengarah syarikat ditahan SPRM - Utusan DigitalDianggarkan puluhan juta telah dilesapkan oleh kumpulan itu, yang pada asalnya memohon geran peruntukan MITRA bagi melaksanakan program-program sosioekonomi masyarakat India di negara ini.
Read more »