Keputusan sama ada wujud kes prima facie dan tertuduh (Najib) perlu membela diri atas kesemua pertuduhan akan dibuat pada 30 Oktober ini.
KUALA LUMPUR: Sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membela diri atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama akan diketahui pada 30 Oktober ini.
Pada tarikh sama, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan akan turut memutuskan sama ada Najib perlu membela diri atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram,Hakim itu menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pembelaan menutup hujahan mereka semalam. “Terima kasih di atas hujahan terperinci daripada kedua-dua pihak. Keputusan sama ada wujudnya kes prima facie dan tertuduh perlu membela diri atas kesemua pertuduhan akan dibuat pada 30 Oktober ini,” kata hakim itu.
Pihak-pihak terlibat mula berhujah pada 19 Ogos lalu yang mengambil masa 12 hari untuk diselesaikan dengan pihak pembelaan yang diketuai peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ‘membolot’ 11 hari untuk hujahan mereka. Perbicaraan kes itu, bermula pada 28 Ogos 2019 dengan saksi pertama pendakwaan Datuk Dr. Farizah Ahmad yang juga Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Kabinet dan Perlembagaan Jabatan Perdana Menteri.Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 20 September 2018 sebelum kes dibenarkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Oktober 2018. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Keputusan semakan kehakiman majlis peguam cabar pengampunan Najib 11 NovKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah menetapkan 11 Nov untuk memutuskan semakan kehakiman Majlis Peguam yang mencabar keputusan Lembaga Pengamp...
Read more »
Saman 1MDB: Jho Low pindah US$2.4 juta wang 1MDB ke akaun selebriti HollywoodKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menggunakan syarikat samaran miliknya, untuk ...
Read more »
1MDB trial postponed as Najib warded at Hospital Kuala LumpurSELANGOR will look into various contingency plans to ensure an adequate treated water reserve margin for Klang Valley users.
Read more »
Hospitalised Najib still on MC for knee pain, 1MDB trial postponed again for two more daysKUALA LUMPUR, Sept 12 — Former prime minister Datuk Seri Najib Razak's sick leave has been extended for another two days, as he is still on painkillers and undergoing...
Read more »
Najib still hospitalised for knee pain, 1MDB trial postponed to Sept 17SINGAPORE: (AP) Pope Francis on Thursday (Sept 12) praised Singapore’s economic strength as a testament to human ingenuity but urged the city-state to look after the weakest, too, especially foreign workers, as he opened the final leg of his tour through some of Asia’s poorest countries in one of the world’s richest.
Read more »
Najib still hospitalised, 1MDB trial postponed to Sept 17KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s trial over alleged power abuse involving RM2.3 billion in 1Malaysia Development Berha...
Read more »