Kesemua individu termasuk CEO GISBH dan isteri ditahan pukul 5.40 pagi tadi selepas menyerbu empat unit kondominium di Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan 19 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings dan isterinya awal pagi ini bagi siasatan susulan serbuan 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.
Razarudin memberitahu Utusan Malaysia, kesemua individu berkenaan termasuk CEO GISBH dan isterinya ditahan kira-kira pukul 5.40 pagi tadi selepas menyerbu empat unit kondominium di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Dalam perkembangan sama, satu jemputan media memaklumkan, Jabatan Siasatan Jenayah akan melaksanakan permohonan reman ke atas semua individu berkenaan di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor petang ini.
“Kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret 3, Shah Alam pukul 3 petang ini bagi permohonan reman,” katanya. Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, lima termasuk anak kepada pemimpin tertinggi GISBH direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap kesemua mereka berusia 30 sehingga 41 tahun itu dilakukan sebaik permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini. –UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
IGP: Cops to probe GISBH CEO’s statement on child exploitation in recent viral video (VIDEO)KUALA LUMPUR, Sept 15 — Police will investigate a statement made by Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) executive chairman and chief executive officer Datuk...
Read more »
GISBH CEO Questions Accusations & Investigations on Welfare HomesIt was previously reported that the PDRM had rescued 402 children and teenagers from 20 welfare homes allegedly handled by Global Ikhwan Service and Business
Read more »
Police nab GISBH top management, including CEO and wifeUp to 19 people have been arrested in the operation carried out by Bukit Aman’s criminal investigation department
Read more »
Police to investigate GISBH CEO’s statement on child exploitationKUALA LUMPUR: Police will investigate a statement made by Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) executive chairman and chief executive o...
Read more »
Kelantan authorities say monitoring GISBH-linked entities for now, awaiting further instructions from copsKUALA LUMPUR, Sept 18 — The Kelantan government is closely monitoring a school and two charitable homes operated by Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) in the...
Read more »
Ahli GISBH ada 3 isteri, 10 anak nafi ugut wanita tarik laporan polisSeorang ahli GISBH mengaku tidak bersalah mengugut seorang wanita yang juga bekas anggota organisasi itu menarik balik laporan polisnya.
Read more »