Hujan lebat selama seminggu menyebabkan banjir di 6 bandar di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang yang meragut 12 nyawa dan 7 lagi maut di Wilauah Guangdong.
Pihak berkuasa meteorologi China mengekalkan amaran biru bagi hujan lebat serta meramalkan hujan ribut di Guizhou, Chongqing, Guangxi, Guangdong, Hunan, Fujian dan Gansu.
GUANGZHOU: Sekurang-kurangnya 19 maut selepas hujan lebat menyebabkan banjir di selatan China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. Di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, hujan lebat selama seminggu menyebabkan banjir di 6 bandar yang meragut 12 nyawa dan menjejaskan lebih 570,000 orang, kata Jabatan Pengurusan Kecemasan Serantau dalam makluman terkini pada petang Selasa.Biro Meteorologi Serantau meramalkan hujan lebat antara malam Selasa dan Khamis.Di Wilayah Guangdong, 7 maut manakala seorang masih hilang setakat 10 pagi Selasa selepas hujan lebat menyebabkan jalan raya rosak dan rumah roboh.
Tiga daerah di bandar Heyuan antara kawasan paling teruk terjejas dalam pusingan hujan ribut terkini yang berterusan selama seminggu.Pihak berkuasa meteorologi China pada Selasa mengekalkan amaran biru bagi hujan lebat serta meramalkan hujan ribut di Guizhou, Chongqing, Guangxi, Guangdong, Hunan, Fujian dan Gansu.
Sesetengah wilayah selatan akan mengalami hujan lebat sehingga 150mm di beberapa bahagian di Guizhou, Guangxi dan Guangdong.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
200,000 northern China tourists to visit Sabah, thanks to special flightsKOTA KINABALU: Some 200,000 northern China tourists are expected to visit Sabah in a year once chartered flights take off in three months’ time, according to one of the stakeholders.The long-term deal was the result of international travel collaboration between Cekal Aman Sdn Bhd (Malaysia) and its China charter flights partner, BJ ST International Travel Co Ltd (China), said Sabah Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Christina Liew BJ ST International Travel is a major operator involved in chartering flights out of China to Jeju City, South Korea, as well as Vietnam’s Nha Trang and Da Nang.
Read more »
Ratusan berkumpul di Vancouver bantah rancangan ekstradisi Hong Kong | The Malaysian InsightRancangan ekstradisi warga China dari Vancouver membimbangkan aktivis pro-demokrasi di Kanada.
Read more »
9 maut, 10 cedera lombong runtuh di China | The Malaysian Insight
Read more »
Awat hang pecah cermin kereta mak?padangterap Polis pada mulanya mengeluarkan saman atas kesalahan tiada lesen memandu, namun semakan mendapati remaja itu mempunyai rekod orang dikehendaki bersangkut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Read more »
Lombong runtuh, 9 maut di timur laut ChinaKenyataan kerajaan menyebut semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil. lombong runtuh china
Read more »