pekan PUSAT pengundian awal bagi PRK DUN Chini di Bilik Maklumat, Balai Polis Chini, Pekan, ditutup tepat 12 tengah hari, hari ini.
Proses pengundian awal berlangsung selama empat jam bermula 8 pagi turut disaksikan ejen calon bertanding pada PRK berkenaan, selain kalangan pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya .
Peti undi bagi pengundian awal itu akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari mengundi Sabtu ini di pusat penjumlahan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai. Turut meninjau perjalanan proses pengundian awal ialah Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak, Pegawai Pengurus PRK Chini Datuk Zaliza Zulkifli serta tiga calon bertanding iaitu calon Barisan Nasional , Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.
Zaliza pada sidang media memaklumkan proses pengundian awal itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden. "Saya berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP ditetapkan dalam proses undi awal PRK Chini. Ia berjalan lancar tanpa berlaku sebarang insiden," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pusat hemodialisis bakal dibina di Chinipekan Sebuah pusat hemodialisis bakal dibina di kawasan Chini membabitkan peruntukan sebanyak RM2 juta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Read more »
PRK Chini: 18 anggota polis undi esokSERAMAI 18 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, melibatkan anggota polis akan mengundi esok.
Read more »
18 anggota polis undi awal PRK Chini esok | The Malaysian InsightSemua anggota terbabit akan mengundi di Bilik Maklumat, Balai Polis Chini.
Read more »
New Chinese Covid-19 cases down to 12 from 17 a day earlierThe country is dealing with a new wave of infections from a wholesale market in mid-June. FMTNews Covid19
Read more »
China reports 12 new Covid-19 cases vs 17 a day earlier | Malay MailBEIJING, June 29 — China reported 12 new confirmed Covid-19 cases as of end of June 28, down from 17 reported a day earlier as the country’s capital tries to curb a new wave of infections that emerged from a wholesale market in mid-June. The National Health Commission (NHC) said in a statement...
Read more »
Early voting for Chini by-election tomorrow | Malay MailPEKAN, June 29 — A total of 18 early voters comprising police personnel will vote in the Chini state seat by-election tomorrow. Election Commission (EC) chairman Datuk Azhar Azizan Harun said in a statement today that these people will cast their votes at the Information Room at the Chini...
Read more »