Kesemua mereka ditahan dalam Op Sarang Pot Kandang Kambing yang dijalankan pihak polis di lokasi tersebut bermula pada pukul 10 pagi.
Ketua Polis daerah, Superitenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka ditahan dalam Op Sarang Pot Kandang Kambing yang dijalankan pihak polis di lokasi tersebut bermula pada pukul 10 pagi.
Menurut beliau, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki yang didapati berada di lokasi berkenaan semasa intipan dilakukan oleh pihak polis."Polis seterusnya menahan 13 lelaki dan seorang wanita yang memasuki pot tersebut. Kesemua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Muhd. Nur Hishamuddin berkata, polis merampas dadah jenis heroin seberat 16.5 gram bernilai kira-kira RM660 dan dadah jenis syabu seberat 0.4 gram bernilai kira-kira RM135 dalam serbuan itu. Tambah beliau, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang digunakan oleh salah seorang suspek.
Katanya, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B, 12 dan 15 Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Umno 16 challenge: Apex court will decide on two questions of lawThis is on the constitutionality of Section 18C of the Societies Act 1966.
Read more »