Lebih 6,200 penduduk terjejas akibat bencana itu.
BEIJING: Sekurang-kurangnya 16 orang maut dan puluhan lagi hilang dalam banjir kilat melanda barat laut China.Berdasarkan laporan penyiar CCTV, lebih 6,200 penduduk dari enam perkampungan terjejas akibat banjir yang berlaku di kawasan pergunungan di daerah Datong, wilayah Qinghai.Menurut laporan itu, kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan untuk mencari mangsa.
Banjir berlaku ketika China dilanda musim panas melampau, dengan suhu mencecah 40 darjah celsius di beberapa bandar.Tambah laporan itu, hujan lebat yang berlaku pada malam Rabu mencetuskan situasi demikian. Banjir besar yang melanda selatan China pada Jun lalu mengakibatkan lebih setengah juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan kerugian mencecah kira-kira AS$250 juta . – AFP
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ibu resah anak perempuan 16 tahun lari malam ikut mat rempitSiti Azizah Mohd. Mazlan, 40, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu iaitu Norshahzrin Shahzwani Mohd. Hafiz,16, disedari hilang ketika mahu mengejutkannya untuk pergi ke sekolah pada pukul 5 pagi, 11 Ogos lalu.
Read more »