Yan Sebanyak 14 rumah dan stor sebuah masjid di empat kampung di daerah ini rosak akibat puting beliung.
MOHD Firdaus Darus dan bapanya, Darus mengangkat zink rumah mereka yang berterbangan akibat puting beliung. FOTO Zuliaty Zulkiffli.Yan:"Saya hanya sempat menyebut 'Allah' sebaik melihat pusaran angin puting beliung menghampiri rumah kami dan belum sempat berbuat apa-apa, dinding kayu bahagian atas rumah habis diterbangkan angin," kata Darus Ismail, 63.
Antara kampung terbabit, Kampung Sungai Kering, Kampung Kuala Sedaka, Kampung Selengkoh dan Kampung Kabu 10.Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan walaupun kebanyakan penghuni rumah berada di rumah masing-masing. Katanya, hanya dia dan isteri, Faridah Ismail, 57, serta anak bongsu, Mohd Zakuan Darus, 18, berada dalam rumah itu sebelum mereka terdengar pusaran angin dari jauh."Tak lama kemudian selepas pusaran angin itu pergi, saya nampak bumbung yang berterbangan jatuh di belakang rumah anak yang terletak bersebelahan rumah," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Kering, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Operasi Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Kapten Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini pihaknya menerima maklumat sebanyak 14 rumah dan sebuah masjid di empat kampung terjejas.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
14 new Covid-19 clusters, most involving workplacesThe clusters were detected in Selangor, Perak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang and Kedah. FMTNews Covid19 KKM Cluster
Read more »
Sertai SAR mangsa lemas, pelajar 14 tahun terima penghargaan polis - Utusan DigitalPenglibatan julung kali pelajar itu dalam operasi SAR berkenaan adalah bagi membantu pasukan penyelamat berikutan keadaan laut bergelora yang menyukarkan pencarian menggunakan bot.
Read more »
The ‘S.O.P’ for Mid Valley Megamall visitors from now to April 14 | Malay MailKUALA LUMPUR, March 31 ― Mid Valley Megamall has a new “S.O.P” at its mall from now to April 14. S.O.P or Smiles Only, Please!, celebrates the little things, uplifting each other and embracing happiness. The mall is inviting visitors to take photos with mall decorations and share it with...
Read more »