138 bakal calon dijangka berentap dalam PRN Selangor
Seramai 138 individu diumumkan oleh parti politik masing-masing bakal berentap untuk merebut 56 kerusi DUN yang dipertanding dalam PRN Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2023.
Barisan Nasional yang membentuk kerjasama dengan PH turut menamakan 12 calon sekali gus memberi lebih peluang kepada PH mengekalkan penguasaan khususnya di kawasan majoriti pengundi Melayu. Parti Sosialis Malaysia yang bekerjasama dengan Muda bagi menghadapi PRN pada 12 Ogos ini turut mengumumkan empat calon di kerusi Kota Damansara, Dengkil, Meru dan Kajang.
Antara kerusi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru ialah Dusun Tua, Bukit Antarabangsa, Bandar Utama, Batu Tiga, Kota Anggerik, Sungai Kandis dan Dengkil. Tumpuan pastinya terarah di DUN Sungai Tua apabila Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari akan mempertahan kerusi yang dimenangi sejak 2008 dan beliau dijangka ditentang oleh calon PN iaitu Muhammad Hanif Jamaluddin dalam pertembungan satu lawan satu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRN: Nik Abduh tolak jadi calon PRN KelantanKOTA BHARU: Tiada sebarang isu yang boleh dibangkitkan apabila nama bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh sekali lagi tidak dicalonkan bagi mewakili Pas pada pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan.
Read more »
PRN Selangor: Azmin Ali bertanding DUN Hulu KelangPETALING JAYA: Biarpun sebelum ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumum sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.
Read more »
PRN Selangor: Azmin nafi 'lari tinggalkan' DUN Bukit AntarabangsaPETALING JAYA: 'Saya nak tegaskan Hulu Kelang merupakan kerusi pertama yang saya mendapat mandat rakyat semenjak 1999”.
Read more »