Semoga dipermudahkan.
PETALING JAYA: Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional , Parti Peribumi Bersatu Malaysia , Pas dan Gabungan Parti Sarawak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi.
Dalam senarai yang diterima dan dilihat Utusan Malaysia, kumpulan pertama akan menghadap Seri Paduka pada pukul 10 pagi ini melibatkan 24 ahli Parlimen antaranya Datuk Seri Fadillah Yusof , Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selain Yamani Hafez Musa . Ini diikuti sesi pada pukul 11.10 pagi melibatkan 25 ahli Parlimen antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Najib Tun Razak .
Seterusnya sesi pada pukul 2 petang dengan 25 ahli Parlimen, antaranya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi , Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin . Sesi pada pukul 3.10 petang pula melibatkan 22 ahli Parlimen manakala pada pukul 4.20 petang pula 18 ahli Parlimen diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong panggil mengadap 114 ahli Parlimen esok | The Malaysian InsightIa dijangka untuk mengesahkan pilihan calon perdana menteri.
Read more »
Exclusive: 114 for Ismail Sabri, King calls to verifyKUALA LUMPUR: The King has called for the 114 Members of Parliament who signed the statutory declaration to support Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as the prime minister candidate to be present at the Istana Negara on Thursday to verify their stand.
Read more »
BN pilih Ismail Sabri calon PM, kata ahli Parlimen | The Malaysian InsightKeputusan pencalonan itu juga disahkan beberapa ahli Parlimen Umno selepas mesyuarat MKT malam tadi.
Read more »
Muhyiddin arah ahli Parlimen Bersatu sokong Ismail Sabri, kata laporan | The Malaysian InsightMuhyiddin juga dilaporkan akan membuat pengumuman rasmi berhubung calon perdana menteri petang ini.
Read more »