JOHOR BAHRU: Seramai 11 individu termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar pelbagai jenis da...
: Seramai 11 individu termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah lebih 19 kilogram, bulan lepas.
Pertuduhan ke atas Yek Zhu Jie,19; Tan Chee Seng, 21; How Jia Lerk, 24; Kenny Loo Yee Han, 24; Ooi Zhi Wei, 27, dan Chong Chew Nam, 32, serta tiga wanita iaitu Eva Chua Min, 19; Phang Jing Yi, 22, dan Goh Yoong Cheng, 30, serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 tahun, dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama mengedar methylenedioxymethamphetamine seberat 18,881 gram , ketamin dan nimetazepam di sebuah rumah di Jalan Bukit Skudai 6, Taman Bukit Skudai di sini pada 2 pagi, 23 Sept lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Program Usahawan USHAniaga sempena Karnival UDA 2023 sasar jualan RM10 jutaJumlah itu melalui penglibatan seramai 500 usahawan di semua empat lokasi program Karnival UDA 2023 iaitu di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Ipoh.
Read more »
Johor allocates RM78 million in preparation of possible floodsJOHOR BAHRU: The Johor government has allocated RM78 million to clean up rivers, drains and water reservoirs to prepare for possible floods. State Hou...
Read more »
Tinggalkan pekerja asing terkandas, heret mereka ke mahkamah, kata menteriMenteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata ramai majikan membawa lebih ramai pekerja daripada yang mereka mampu kendalikan.
Read more »
Mahkamah tolak permohonan Dr. Mahathir peroleh dokumenPermohonan Dr. Mahathir Mohamad bagi mendapatkan dokumen berhubung kes saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim ditolak Mahkamah Tinggi hari ini.
Read more »
Mahkamah tolak tuntutan juruterbang AirAsia X diberhentikan kerana ‘anxiety’Mahkamah Perusahaan berkata syarikat penerbangan itu bertanggungjawab memastikan juruterbangnya mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan tertinggi.
Read more »