kotakinabalu Semua10 kes baharu Covid-19 di Sabah, semalam, adalah kes import kerana mendapat jangkitan wabak itu di luar negeri Sabah.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Christina Rundi berkata, daripada jumlah itu, tujuh sampel diambil di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Tawau."Kesemua kes ini sudah diberi Borang Annex 14 iaitu perintah untuk menjalani Home Quarantine namun siasatan awal mendapati sebahagian besarnya mengingkari perintah ini dan menyebabkan bilangan kontak terdekat yang perlu disiasat bertambah.
"Daripada jumlah itu, dua kes membabitkan pelajar selain satu kes seorang kanak-kanak, manakala selebihnya adalah rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung," katanya menerusi kenyataan.Bagaimanapun katanya, peningkatan kes secara mendadak itu mengundang pelbagai reaksi dan komen di media sosial. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi termasuk menularkan butiran peribadi individu berkenaan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan stigma terhadap pesakit Covid-19.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sabah perlu diisi dengan lengkap dan jujur. "Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah palsu atau tidak lengkap, tindakan boleh di ambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ," tegasnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sabah reports 10 new Covid-19 cases after quiet 2 daysThe state health department has yet to establish where the patients had contracted the virus. FMTNews Sabah Covid19
Read more »
10 hari untuk uji Covid-19 penduduk PJ, kata KP Kesihatan | The Malaysian InsightDr Noor Hisham beri jaminan penduduk akan dibantu sepanjang PKPD.
Read more »
Covid-19: List of fake news on social media as of 10am, May 10 - KKMMKUALA LUMPUR: The following is the morning update from the Communications and Multimedia Ministry (KKMM) Quick Response Team on countering fake news o...
Read more »
Six of 10 Covid-19 patients test negative for first timeSIX out of the 10 remaining patients with Covid-19 at Mittaphab Hospital have tested negative for the virus for the first time and were to be discharged if they test negative for a second time.
Read more »
10 days to test PJ Old Town residents for Covid-19, says Health D-G | The Malaysian InsightDr Noor Hisham Abdullah assures residents that they will be assisted by the government during the EMCO period.
Read more »
'Out of our bubbles': NZ to end virus lockdown in next 10 daysWith a population of 5 million, the country has 1,147 cases, including 21 deaths. FMTNews NZ
Read more »