“Dalam pada itu, saya juga mahu peminat tahu macam mana saya berjumpa dengan putera pilihan menerusi dokumentari.'
Itu kata bintang terkenal Hollywood, Paris Hilton yang akan melaram sepanjang tiga hari pada majlis perkahwinnya tahun ini. Pewaris empayar Hilton berkata demikian ketika ditemu bual oleh Jimmy Fallon dalam program hiburan The Tonight Show, baru-baru ini.
Paris yang mengesahkan pertunangannya bersama lelaki pilihan, Carter Milliken Reum pada 13 Februari lalu, berkata, dia kini sedang membuat persiapan dan bakal didokumentarikan khas buat peminat kesayangannya. “Kami sedang mempersiapkan dari segenap segi tapi ternyata terlalu tertekan. Cuma apa yang sudah saya buat adalah memilih 10 pasang baju kahwin. Banyak bukan? tapi saya bukannya bridezilla . “Dalam pada itu, saya juga mahu peminat tahu macam mana saya berjumpa dengan putera pilihan menerusi dokumentari,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, sebelum ini Paris sudah menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro dan berharap dikurniakan anak kembar bersama tunangnya. “Malah kami juga sudah ada nama untuk bayi kami. Saya sangat teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam hidup saya dan akhirnya kehidupan saya bakal sempurna,” luahnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Nostalgia abadi kanak-kanak 10 tahun - Utusan DigitalKami berjalan kaki bermula pukul 6.30 pagi dari Hotel Merdeka dalam keadaan hujan lebat sejauh beberapa kilometer ke Stadium Merdeka.
Read more »
Kanak-kanak hanya makan roti dan yogurt setiap hari selama 10 tahun - Utusan Digitalkanak-kanak itu disahkan menghidap Gangguan Penyekat Pengambilan Makanan (ARFID)
Read more »
[VIDEO] Lebih 10 rumah di Kampung Sulup dilanda banjir kilat - Utusan Digital'Air masuk dengan cepat. Kami sudah jangka bencana banjir kilat akan berlaku apabila melihat keadaan hujan sepanjang hari'.
Read more »
Redmi 10 Malaysia: Everything you need to know - SoyaCincauThe Redmi 10 comes with a MediaTek Helio G88 SoC and features a 50MP main camera. It starts at RM649 and will be available on 20 August.
Read more »




