Sebanyak 10 Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digantung boleh memulakan mesyuarat peringkat cawangan mulai 7 November ini.
LARUT: Sebanyak 10 Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang digantung boleh memulakan mesyuarat peringkat cawangan mulai 7 November ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada bahagian-bahagian yang terlibat dan menetapkan pada Disember ini untuk mengadakan mesyuarat Pemilihan Peringkat Bahagian. “Mengenai 10 Bahagian Bersatu yang digantung, ia bukanlah bersifat selamanya tetapi mereka boleh memulakan mesyuarat peringkat cawangan dan pada Disember pula mengadakan mesyuarat Pemilihan Bahagian.
“Pengantunggan dilakukan bagi Bahagian yang tidak cukup korum untuk mengadakan Persidangan Bahagian,” katanya. Beliau ditemui pemberita pada Perasmian Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Orang Ramai Sungai Bayor di sini hari ini.Bahagian lain yang digantung ialah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penggantungan jawatankuasa bahagian hanya alasan Roslan keluar partiPenggantungan Jawatankuasa Bersatu Bahagian Bentong pada 24 September lalu yang didakwa sebagai punca ketua bahagian itu yang juga Bendahari Bersatu Pahang, Datuk Roslan Hassan meletak jawatan hanya alasan untuk keluar parti.
Read more »
Pengerusi Bersatu Kelantan dicabar peringkat bahagian Pasir PutehPengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor dicabar pada pemilihan peringkat Bahagian Pasir Puteh yang berlangsung hari ini.
Read more »
Norhizam akui sertai Bersatu, bertanding pemilihan bahagianBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mengesahkan telah menyertai Parti Pribumi Bersatu
Read more »
Abu Bakar kekal jawatan Ketua Bersatu Bahagian KangarAbu Bakar kekal jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kangar
Read more »
Abu Bakar sedia terus kemudi Bersatu Perlis, fokus tuntut tambah kerusi Bersatu di PerlisAbu Bakar sedia terus kemudi Bersatu Perlis, fokus tuntut tambah kerusi Bersatu di Perlis
Read more »
Keputusan tak rasmi: Akmal Zahin menang Ketua Pemuda BersatuJawatan Ketua Pemuda Bersatu dimenangi oleh Pengerusi Tetap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Akmal Zahin Zainal Zahir secara tidak rasmi.
Read more »