Malaysia Airports berkata, pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang itu sudah menjalani pembedahan.
Malaysia Airports berkata, kemalangan itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas dan operasi penerbangan kembali pulih 9 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan pesawat persendirian di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, awal pagi tadi. Malaysia Airports dalam satu kenyataan berkata, kakitangan itu sudah menjalani pembedahan dan akan menerima rawatan terbaik, manakala penumpang dan kru pesawat itu tidak cedera dalam insiden 3.20 pagi itu.
“Inisiden itu dilaporkan kepada pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang yang tiba di tempat kejadian pada 3.21 pagi,” kata kenyataan itu sambil menambah insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas kerana kerja pembersihan serpihan di landasan.Menurut kenyataan itu, pasukan penyiasat yang ditubuhkan Malaysia Airports sedang bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia bagi menyiasat punca kemalangan itu.
Kenyataan itu menyatakan Kementerian Pengangkutan turut mengaktifkan “Bahagian Siasatan Kemalangan Udara ” untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden terbabit.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pekerja MAHB cedera parah dalam kemalangan | The Malaysian InsightSebuah pesawat persendirian berlanggar dengan sebuah kenderaan kejuruteraan lapangan terbang di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, awal pagi tadi.
Read more »
Renjer cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat | The Malaysian InsightRenjer itu sedang meronda bersama lima lagi rakannya apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di tepi jalan Ban Sala.
Read more »
Robot letak kereta bantu pengunjung lapangan terbangPARIS 16 Mac- Setelah diuji sejak beberapa tahun, robot letak kenderaan yang dihasilkan Stanley Robotics secara rasmi mula digunakan untuk memudahkan pengunjung meletak kereta mereka di sekitar Lapangan Terbang Lyon-Saint Exup&233;ry.
Read more »
Lapangan terbang Dunedin ditutup susulan penemuan bungkusan mencurigakanWELLINGTON 17 Mac &8211; Lapangan terbang Dunedin ditutup hari ini ekoran penemuan sebuah bungkusan yang mencurigakan.
Read more »
Polis New Zealand siasat pakej curiga, tutup lapangan terbang Dunedin | The Malaysian InsightPolis New Zealand siasat pakej curiga, tutup lapangan terbang Dunedin
Read more »
Lelaki cedera parah terlibat kemalangan dengan pesawatKUALA LUMPUR 18 Mac - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta unit kejuruteraan lapangan terbang yang dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.
Read more »
Ibu maut, suami dan anak selamat dalam kemalanganKUALA LUMPUR 12 Mac &8211; Seorang wanita maut setelah sebuah lori dinaikinya bersama suami dan anak berusia lapan bulan terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 413 Lebuh Raya Utara &8211; Selatan arah Selatan di Hulu Selangor dekat sini pagi tadi.
Read more »
Pesawat Boeing dilarang terbang susulan insiden di Ethiopia | The Malaysian Insight
Read more »