Melalui program itu, MADA berjaya meningkatkan pendapatan seramai 1,134 peserta yang dijana melalui sistem e-Kasih.
ALOR SETAR: Seramai 1,652 pesawah mendapat manfaat melalui program Rezeki Tani di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda yang melibatkan peruntukan sebanyak RM9.96 juta sehingga tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, melalui program itu, MADA berjaya meningkatkan pendapatan seramai 1,134 peserta yang dijana melalui sistem e-Kasih. “Bagi menjayakan Program Rezeki Tani di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 , sebanyak RM10 juta diperuntukan untuk jangka tempoh lima tahun yang mana sebanyak RM2 juta diperuntukan bagi skop Pembasmian Kemiskinan dan Peningkatan Pendapatan Melalui Aktiviti Pertanian, Pembangunan Modal Insan serta Aktiviti Hebahan Program.
“Ini adalah program lanjutan kepada peserta dalam usaha melahirkan usahawan berjaya yang boleh menjadi contoh kepada peserta Program Rezeki Tani, untuk terus berusaha memajukan diri, meningkatkan ekonomi dan taraf hidup keluarga,” katanya ketika berucap merasmikan Program Bisnes Menjadi ‘Mempelbagaikan Pendapatan Usahawan’ di Ibu Pejabat MADA, di sini hari ini.
Beliau berkata, Rezeki Tani adalah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan yang dijenamakan semula daripada program Azam Tani di bawah kementerian berkenaan dan dipertanggungjawabkan kepada tiga jabatan dan tujuh agensinya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19 ragut 180,000 nyawa petugas kesihatan di seluruh dunia - Utusan DigitalWHO sifatkan kematian mereka sebagai kehilangan amat besar buat dunia
Read more »
China dakwa laporan penindasan etnik Uighur sebagai 'penipuan besar, rancangan jahat' - Utusan DigitalChina dakwa laporan penindasan etnik Uighur sebagai 'penipuan besar, rancangan jahat'
Read more »
Sabah tubuh enakmen kawal pembuangan sisa pepejal - Utusan DigitalKeputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 kerana pengurusan sisa pepejal adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP)
Read more »
Jangan ambil kesempatan naik harga barang, makanan - Utusan Digital'Saya nasihatkan agar golongan peniaga di Perak tidak mencatut atau mengambil keuntungan berlebihan, menjual barang tidak berkualiti dan mengelirukan pengguna dengan maklumat iklan tidak lengkap,' katanya.
Read more »
Lelaki ditahan jadikan kediaman mewah simpan dadah - Utusan DigitalDalam serbuan itu, satu bungkusan teh cina mengandungi dadah disyaki jenis methaphetamine seberat 1.05 kilogram (kg) turut dirampas.
Read more »
15 maut kilang terbakar di Rusia - Utusan DigitalKilang itu dilaporkan menghasilkan bahan letupan industri
Read more »