Malaysia Teacher Prize diperkenal, tawar hadiah utama RM50,000

Malaysia News News

Malaysia Teacher Prize diperkenal, tawar hadiah utama RM50,000
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Anugerah yang dianjurkan oleh Pemimpin Global School Leaders (GSL) dengan kerjasama YTL Foundation serta mendapat sokongan Kementerian Pendidikan itu dijadikan sebagai anugerah edisi Malaysia bagi Global Teacher Prize anjuran Varkey Foundation.

KUALA LUMPUR: Malaysia Teacher Prize diperkenalkan buat julung kalinya di negara ini bagi memartabatkan lagi status para guru dan meraikan pencapaian guru cemerlang di negara ini. Anugerah yang dianjurkan oleh Pemimpin Global School Leaders dengan kerjasama YTL Foundation serta mendapat sokongan Kementerian Pendidikan itu dijadikan sebagai anugerah edisi Malaysia bagi Global Teacher Prize anjuran Varkey Foundation.

Pengarah Program GSL, Samuel Isaiah yang merupakan finalis Global Teacher Prize 2020 berkata, penganjuran anugerah ini di peringkat kebangsaan amat penting bagi mengiktiraf guru-guru Malaysia yang tidak pernah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. “Sepanjang 12 tahun saya bergelar sebagai seorang guru, saya telah bertemu dengan begitu ramai guru yang bagus, tetapi, kebanyakannya tidak pernah mendapat pengiktirafan dan usaha mereka sebagai pendidik selama ini tidak dipandang sesiapa. “Jadi, kami ingin beri peluang kepada semua guru-guru melalui anugerah ini, proses permohonan pun tidak sukar, tidak perlu takut dan cuba sahaja untuk memohon. “Jika mereka mendapat anugerah ini, ia secara tidak langsung akan memberi motivasi kepada guru serta inspirasi kepada murid-murid untuk turut menceburi bidang perguruan,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran Malaysia Teacher Prize di ibu negara hari ini. Anugerah itu menyasarkan penyertaan sebanyak 10,000 guru di seluruh negara, dengan pemenang hadiah utama akan menerima RM50,000 manakala empat lagi peserta akhir akan menerima RM5,000 setiap seorang. Selain itu, 10 peserta akhir terbaik juga akan menerima manfaat untuk mengembangkan lagi kerjaya guru-guru tersebut dengan memahami impak mereka dengan lebih baik serta berpotensi untuk membawa hasil kerja keras mereka ke di luar sekolah. Permohonan dibuka secara rasmi kepada guru yang sedang bekerja di Malaysia bermula hari ini hingga 30 Jun 2022. Setiap calon hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan dan dikehendaki melengkapkan lima esei sepanjang 300-500 patah perkataan setiap satu serta muat naik bahan sokongan dalam bentuk dokumen, grafik atau video untuk melengkapkan permohonan. Bagi mereka yang berminat untuk mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi, mereka boleh berbuat demikian dengan menghantar pencalonan mereka dan memberikan maklumat asas mengenai penama mereka. Penama masing-masing akan menerima e-mel yang menjemput mereka untuk membuat permohonan dan setiap individu dibenarkan mencalonkan seberapa ramai calon yang dikehendaki. Pengumuman 10 guru terbaik yang disenarai pendek dijangka dikeluarkan pada Ogos 2022 manakala lima guru terbaik dan pemenang hadiah utama akan diumumkan dalam majlis anugerah pada Oktober 2022. Guru-guru yang berminat boleh membuat permohonan melalui portal khas menerusi https://www.malaysiateacherprize.org.-UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ramai perantau belum pulang dari kampung halamanRamai perantau belum pulang dari kampung halamanKementerian Perhubungan Indonesia memaklumkan kira-kira 60 peratus perantau belum pulang ke beberapa bandar utama.
Read more »

Pasukan penyiasat tak pernah tawar janji, ugut, paksa saksi kes Bung MoktarPasukan penyiasat tak pernah tawar janji, ugut, paksa saksi kes Bung MoktarPasukan penyiasat tak pernah ugut, paksa atau tawar sebarang janji kepada dua ejen pelaburan ketika keterangan mereka dirakam bagi bantu siasatan.
Read more »

Bid to smuggle RM150,000 worth of diesel in Tawau foiledBid to smuggle RM150,000 worth of diesel in Tawau foiledKOTA KINABALU: Marine police in Sabah’s east coast Tawau district have foiled an attempt to smuggle diesel worth over RM150,000 out of the country.
Read more »

Malaysian-born photojournalist Marcus Yam wins Pulitzer PrizeMalaysian-born photojournalist Marcus Yam wins Pulitzer PrizePETALING JAYA: Malaysian-born Los Angeles Times journalist Marcus Yam has won the Pulitzer Prize for breaking news photography.
Read more »

O Captain! My Captain! Nominate your favourite educator for inaugural teaching awardO Captain! My Captain! Nominate your favourite educator for inaugural teaching awardKUALA LUMPUR: With Teachers Day coming up next Monday (May 16), now is the perfect time to nominate your favourite inspiring educator for the inaugural Malaysia Teacher Prize.
Read more »

Jurugambar kelahiran Malaysia menang Hadiah PulitzerJurugambar kelahiran Malaysia menang Hadiah PulitzerJurugambar kelahiran Malaysia menang Hadiah Pulitzer
Read more »



Render Time: 2026-05-17 14:25:50