Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan penganjuran Liga Elit DUN Kelantan (LED Kelantan) pada tahun ini.
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan penganjuran Liga Elit DUN Kelantan (LED Kelantan) pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, langkah itu bakal diambil susulan berlaku beberapa insiden pergaduhan dan serangan terhadap pengadil sepanjang penganjuran kejohanan itu pada tahun lalu. Menurutnya, sehubungan itu pihaknya merasakan terdapat keperluan bagi penganjur-penganjur di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) memaklumkan pihak polis mengenai setiap perlawanan LED DUN Kelantan yang berlangsung di kawasan mereka.
"Bagi memperkuatkan lagi langkah ini, kerajaan negeri sendiri akan mengeluarkan surat pemakluman mengenai pengajuran kejohanan ini kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. "Mungkin dengan adanya arahan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, aspek kawalan polis akan lebih tegas. Jadi kita perkasakan dari sudut itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran LED Kelantan 2026 di Tunjong, di sini semalam.
Beliau memberitahu, urusan berkaitan hukuman ke atas pasukan atau pemain kekal di bawah Jawatankuasa Disiplin LED Kelantan, selain terdapat beberapa perubahan dilaksanakan pada tahun ini termasuk syarat kelayakan pemain.
"Sebelum ini syarat kelayakan pemain adalah beralamat di dalam sesebuah kawasan Parlimen tetapi untuk tahun ini kita ubah kepada mengundi di dalam sesebuah kawasan Parlimen. "Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak daripada berlaku situasi pemain diimport dari luar kawasan dan ditukar amalat MyKad bagi membolehkan dia mewakili pasukan yang bermain di dalam sesebuah DUN," katanya. Katanya, perubahan yang dibuat adalah bagi memastikan liga peringkat akar itu sentiasa seimbang tanpa jurang persaingan terlalu besar antara sesebuah pasukan.
Dalam perkembangan sama, Zamakhshari berkata, sebanyak RM1.4 juta dibelanjakan bagi penganjuran LED Kelantan, sehingga ke peringkat kejohanan Piala Menteri Besar (Piala MB) pada tahun ini.
"Pada tahun lepas, sebanyak 517 pasukan bertanding, melibatkan seramai 11,891 pemain dan 2,585 pegawai pasukan. Bagi tahun ini, kita menjangkakan angka yang sama atau lebih," ujarnya. -UTUSA
Liga Elit DUN Kelantan Polis Diraja Malaysia Kerajaan Negeri Kelantan Zamakhshari Muhamad Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO Dan Perpaduan Masyarakat Negeri Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO Dan Perpaduan Masyarakat Negeri Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO Dan Perpaduan Masyarakat Negeri Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO Dan Perpaduan Masyarakat Negeri Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO Dan Perpaduan Masyarakat Negeri
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengadilan Kepada Guru Tidak Berjalan: Ketua Polis Negeri Kelantan, MamatThe report does not mention the details or consequences of the affected parties, such as the identities of the victim or victims, their severity of injuries, or the effect of the incident on their families and schools. It also does not provide information on any possible arrests or investigations conducted by the police.
Read more »
Ketua Polis Negeri Kelantan: Kes Bunuh Di Negeri melonjak Lebih 100%Datuk Mohd. Yusoff Mamat mendalilkan bahawa kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100% untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini. Beliau memberitahu bahawa kesnya melibatkan dadah atau tidak dan ini menyebabkan sesuatu yang sukar dijangka ataupun dijaga pihak berkuasa.
Read more »
AIA Malaysia hosts Generasi Malaysia 2026 concert for 10th anniversaryAIA Malaysia announces a large-scale live music event celebrating 10th anniversary of AIA Vitality and promoting wellbeing.
Read more »
Malaysia Masters 2026: Malaysia's GoH Sze Fei-Nur Izzuddin ensures regu final berth, beats IndonesiansMalaysian badminton player, GoH Sze Fei-Nur Izzuddin handles his opponents, Muh Putra Erwiansyah-Bagas Maulana, to secure a spot in the men's doubles final at the 2026 Badminton Malaysia Masters in Kuala Lumpur, after defeating them in the semis.
Read more »



