The Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Terengganu assisted elderly residents in Kuala Terengganu who were displaced after being directed to vacate their homes in Kampung Hiliran Jejawi due to alleged land encroachment violations.
PERSATUAN Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Terengganu membantu memindahkan warga emas terlantar selepas mereka diarahkan berpindah di Kampung Hiliran Jejawi , Kuala Terengganu . Pada 20 April lalu, penduduk menerima notis pengosongan kawasan selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran.
Mengikut Seksyen 425(1A) KTN, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. Penduduk diberi tempoh 30 hari untuk mengosongkan kawasan serta merobohkan sendiri struktur binaan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan selepas 19 Mei ini tanpa sebarang rayuan. Situasi itu memberi cabaran besar kepada sebahagian penduduk termasuk keluarga yang mempunyai pesakit terlantar dan warga emas uzur untuk dipindahkan sebelum tempoh notis tamat.
Antara yang terkesan ialah Mohamad Rosharul Helmi Dollah, 36, yang terpaksa memindahkan ibunya, Rina Hussin, 68, seorang pesakit kronik yang menghidap pelbagai penyakit termasuk strok, kencing manis, darah tinggi serta masalah buah pinggang selain sebelah kaki terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit. Mohamad Rosharul Helmi berkata, ibunya dipindahkan ke sebuah rumah sewa sementara yang disediakan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Losong semalam.
Beliau juga menyatakan bahawa proses memindahkan pesakit terlantar bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan pengangkutan dan bantuan khas.
"Kami akan menyewa rumah itu sementara menunggu projek perumahan flat yang dicadangkan di tapak asal rumah kami siap sepenuhnya. Dalam keadaan sekarang, ada sesetengah penduduk belum dapat berpindah bukan kerana sengaja mahu melengah-lengahkan masa, tetapi notis yang diberikan sehingga 19 Mei ini sangat sukar dipenuhi terutama bagi keluarga yang mempunyai pesakit terlantar,"katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan kerana penduduk memahami tanah yang didiami adalah milik kerajaan negeri, namun kebanyakan mereka telah menetap di situ lebih 30 tahun.
"Kami yang terjejas ini hanya mahu hak dan penempatan semula seperti dijanjikan sebelum ini. Namun sehingga sekarang, tiada sebarang pampasan atau saguhati yang diterima penduduk,"katanya
Displaced Elderly Residents Kuala Terengganu PBSM Terengganu Land Encroachment Violations Kampung Hiliran Jejawi
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Razali Idris’ Sedition Conviction Does Not Impact His Parliamentary Seat in TerengganuRazali Idris, a former Bersatu information chief and previously the state executive councillor for Kijal, remains the state assemblyman while his appeal against the RM2,000 fine was withdrawn due to the literal interpretation of the constitutional provision. His conviction does not affect his parliamentary seat.
Read more »
No automatic vacancy for Kijal seat as Razali’s fine does not exceed RM2,000, says Terengganu SpeakerKUALA TERENGGANU, May 16 — Datuk Razali Idris’ position as the Kijal state assemblyman is secure and there will be no automatic vacancy, said Terengganu State Assembly Speaker...
Read more »
4 anggota asal bakal hadiri konsert Peterpan di Kuala LumpurANGGOTA pengasas Peterpan iaitu Ilsyah Ryan Reza, Loekman Hakim, Andika Naliputra dan Indra akan membuat kemunculan menerusi konsert The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita pada 11
Read more »
Melee breaks out over no-confidence motion after Kuala Selangor PKR meetingDivision chief M Sivabalan says the meeting was valid and the motion against him would be referred to the party leadership.
Read more »
