kualalumpur Atas dasar keprihatinan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Inisiatif Prihatin Sukan 2020 dilanjutkan sehingga 15 Ogos bagi memberi lebih ruang buat penggiat sukan negara memohon skim berkenaan.
Ketika ini sebanyak 248 permohonan sudah diterima oleh KBS di kalangan persatuan sukan tanah air yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia sejak dilancarkan pada 17 Jun lalu. Ia merangkumi permohonan di bawah IPS20A – Bantuan Pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan, IPS20B – Bantuan Menjalankan Program & Aktiviti dan IPS20C - Bantuan Program Pendigitalan, pengkomersialan dan R&D.
KBS berharap lanjutan tarikh tutup permohonan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh persatuan sukan seterusnya memberikan suntikan baharu pembangunan sukan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menerusi inisiatif pengupayaan melalui bantuan dana pengurusan, pelaksanaan program dan aktiviti, pendigitalan, pengkomersialan dan R&D sukan. Inisiatif Prihatin Sukan 2020 adalah langkah proaktif bagi membantu penggiat sukan negara dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Pemohon adalah dinasihatkan untuk mematuhi syarat yang ditetapkan terutamanya berkaitan keperluan untuk melengkapkan Maklumat Yang Kena Beri kepada PJS mengikut garis masa yang ditetapkan. Selain itu, setiap permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Khas dan Prosedur Operasi Standard Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara . Bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuklah tatacara permohonan dan soalan lazim, sila layari pautan laman web rasmi KBS:
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sukan lasak berpotensi besar di MalaysiaSUKAN ekstrem mempunyai potensi untuk berkembang pesat di Malaysia, sehingga boleh dijadikan sebagai karier sepenuh masa, jika mendapat galakan daripada pelbagai pihak.
Read more »
5,300 berjaya dapat kerjaBisnes Inisiatif kerajaan melalui MYFutureJobs berjaya membantu 5,300 individu mendapat pekerjaan dalam tempoh hampir sebulan.
Read more »
Selangor allocates RM42m for B40 health insurance planThis assistance is an improvement of the Peduli Sihat insurance scheme under the Selangor Prihatin stimulus package.
Read more »
DBKL gaji graduan menganggur kerana PKP | The Malaysian InsightProgram penempatan kerja itu dilakukan di bawah MYJobsWilayah selaras dengan agenda Wilayah Prihatin.
Read more »
MTUC desak Putrajaya buat kenyataan jelas lanjutan moratorium | The Malaysian InsightStatistik 800,000 orang hilang kerja menjadi alasan kuat mengapa ia perlu dilanjutkan.
Read more »
433 new projects could bring in RM97.4 billion, says Azmin | The Malaysian InsightMinister cites Prihatin success, growth figures in response to question posed by Mukhriz Mahathir.
Read more »




