The Penang state government today denied allegations of selling properties at low prices to foreign buyers, instead explaining it as a part of the Home Ownership Campaign (HOC) to reduce unsold units after the Covid-19 pandemic. The chairman of the Housing and Environment Committee, Datuk Seri S. Sundarajoo, clarified that there have been misconceptions regarding the sale prices of properties to foreign buyers in the state, especially since the implementation of the HOC between 2020 and 2024.
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri hari ini menafikan dakwaan berlakunya penjualan hartanah pada harga rendah kepada warga asing, sebaliknya menjelaskan ia adalah sebahagian pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi mengurangkan lambakan unit tidak terjual selepas pandemik Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, terdapat kekeliruan berhubung harga jualan hartanah kepada warga asing di negeri ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan pelaksanaan kempen HOC yang diadakan antara tahun 2020 hingga 2024. Beliau berkata, harga siling pembelian oleh warga asing yang diturunkan kepada RM400,000 bagi hartanah berstrata di Seberang Perai semasa HOC tersebut dilaksanakan bertujuan mengurangkan jumlah unit kediaman tidak terjual di negeri itu.
"Sebahagian hartanah yang dijual semasa HOC tersebut didaftarkan pada tahun 2025. Maka, ini tidak bermakna hartanah berkenaan dijual pada harga rendah pada tahun 2025," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini. Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah dan ADUN Pembangkang mempersoalkan penjualan 365 unit hartanah kepada warga China dengan purata harga RM411,506 membabitkan nilai transaksi keseluruhan RM150.2 juta pada tahun lalu.
Sundarajoo berkata, 365 unit yang disebut itu merangkumi pelbagai jenis pemilikan, termasuk kebanyakannya adalah jualan biasa tanpa sebarang pengurangan harga.
"Jualan tersebut termasuk urus niaga probet mahkamah, pemindahan antara ahli keluarga serta unit Malaysia My Second Home (MM2H) yang dijual tanpa rebat," katanya. Beliau berkata, hanya 15 unit sahaja yang dijual dalam lingkungan harga antara RM400,000 hingga RM1.5 juta di bawah HOC.
"Kesimpulannya, pihak pembangkang telah menggunakan jumlah nilai keseluruhan jualan dan membahagikannya dengan jumlah transaksi untuk mendapatkan angka RM411,000, namun kaedah ini tidak tepat kerana setiap transaksi mempunyai nilai berbeza," katanya. Jelas Sundarajoo, dasar pengurangan had harga minimum itu tidak dikhususkan kepada pembeli dari China semata-mata, sebaliknya, terpakai kepada semua warga asing sepanjang tempoh HOC dilaksanakan. Katanya, kerajaan negeri kini telah mengembalikan semula kadar minimum asal pembelian hartanah warga asing bermula tahun ini selepas dasar HOC tamat pada Disember 2024.
"Sekarang kita kembali kepada harga normal. Untuk strata di Seberang Perai, minimum kembali kepada RM500,000 manakala di kawasan pulau pula RM1 juta," katanya
Penang State Government Home Ownership Campaign (HOC) Foreign Buyers Low Prices Unsold Units
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan negeri menepis dakwaan pembangunan projek Pulau Silikon menyakiti nelayanDatuk Rashidi Zinol, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang, mengulas data pendaratan ikan yang menunjukkan peningkatan daripada 472.44 tan pada 2023 kepada 496.57 tan tahun lalu, yang mengesahkan tiada kesan penurunan hasil tangkapan nelayan akibat pembangunan projek tersebut.
Read more »
KUANTAN: Kerajaan Negeri Tetapkan Ganti namanya Jarak Minimum Untuk RiBIKetentuan itu ada dalam Panduan Rancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Pahang yang disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Pahang. Selain itu, RIBAI juga tidak dibenarkan dibangunkan di kawasan rizab hutan, rizab sungai, rizab utiliti termasuk laluan kabel bervoltan tinggi serta kawasan rizab kemudahan awam lain. Kerajaan Negeri turut tidak menggalakkan pembinaan RIBAI berhampiran loji kumbuhan dan pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB). Kecuali binaannya digalakkan berhampiri kemudahan awam, pusat komuniti dan kawasan kediaman penganut agama terbabit selain mewujudkan suasana yang aman dan tenteram.
Read more »
KUANTAN: Kerajaan negeri dicadang melaksanakan empat langkah bagi menangani isu kenaikan kos sara hidupADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin mencadangkan audit kos sara hidup Pahang, dana intervensi kos sara hidup, program jualan murah dan bekalan makanan asas, dan bantuan peniaga kecil untuk mendapatkan bahan mentah dengan harga lebih stabil.
Read more »
KUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau TiomanKUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau Tioman, dekat sini termasuk meneroka semula perkhidmatan pengangkutan udara serta memperkukuh pilihan pengangkutan alternatif ke destinasi pelancongan terkenal itu. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama strategik dengan mana-mana syarikat penerbangan yang berpotensi menyediakan laluan ke Pulau Tioman dari Kuala Lumpur, Kuantan dan Singapura. "Kerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan berkaitan dan meneliti model pengangkutan udara yang bersesuaian untuk Pulau Tioman. Pada sama, kita memperkukuh pilihan akses lain termasuk perkhidmatan bot laju dari jeti ke Pulau Tioman yang mula beroperasi sejak 1 Mei lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Dr. Mohd Johari Hussain pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri juga terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan bagi menilai pelbagai pilihan meningkatkan aksesibiliti ke Pulau Tioman secara selamat dan praktikal. Katanya, berdasarkan penilaian teknikal CAAM, cadangan pengubahan jajaran landasan Lapangan Terbang Pulau Tioman belum dapat memenuhi piawaian keselamatan penerbangan susulan faktor topografi berbukit dan halangan semula jadi di kawasan sekitar.
Read more »



