The professor cited the rise in inflation to 1.9% in April as evidence of the start of cost pressures in the Malaysian economy. He also believes that the Bank of Malaysia's ongoing rate of 1.5 to 2.5% is still relevant due to the government's capacity to mitigate the impact of rising costs.
PETALING JAYA: Kadar inflasi negara dijangka meningkat sehingga mencecah 2.5 peratus tahun ini susulan tekanan kos global, termasuk kenaikan harga komoditi dan tenaga dunia serta kesan pelarasan harga bahan api di pasaran domestik.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia , Dr. Mohd. Faisol Ibrahim berkata, unjuran Bank Negara Malaysia yang meletakkan kadar inflasi antara 1.5 hingga 2.5 peratus disifatkan realistik berdasarkan risiko semasa ekonomi domestik dan luaran. Menurut beliau, lonjakan inflasi kepada 1.9 peratus pada April 2026 susulan pelarasan harga runcit petrol RON97 dan diesel menunjukkan tekanan kos mula dirasai dalam ekonomi negara.
“Namun, unjuran BNM pada paras 1.5 hingga 2.5 peratus masih relevan kerana kerajaan masih mempunyai instrumen sokongan untuk mengimbangi tekanan kos sara hidup secara bersasar,” katanya kepada Utusan Malaysia. Beliau berkata, kenaikan harga petrol dan diesel berpotensi mencetuskan kesan heretan kos yang boleh memberi tekanan kepada harga makanan, logistik dan perkhidmatan lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
“Kesan berantai itu tetap ada, khususnya terhadap subkumpulan makanan di luar rumah dan kos penghantaran barangan. “Kita sudah melihat tanda awal apabila inflasi makanan di luar rumah meningkat kepada 2.6 peratus pada April. Pemantauan ketat rantaian bekalan amat penting bagi mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga,” katanya. Mengulas trend inflasi bagi separuh kedua 2026, beliau menjangkakan kadar inflasi akan bergerak menghampiri paras siling unjuran BNM sebelum kembali lebih stabil selepas pasaran menyerap impak pelarasan harga bahan api.
“Memasuki separuh kedua 2026, tekanan inflasi dijangka lebih mendatar selepas pasaran domestik selesai menyerap impak pelarasan harga bahan api ini. “Jika harga komoditi global tidak mengalami kejutan geopolitik baharu, inflasi keseluruhan tahun ini berkemungkinan ditutup sekitar 2.1 hingga 2.3 peratus, masih dalam lingkungan sasaran selamat bank pusat,” katanya. Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA, Dr. Mohamad Idham Md.
Razak berkata, tekanan inflasi ketika ini perlu dipantau bagi menentukan sama ada ia bersifat sementara atau berisiko memberi kesan lebih besar kepada kos sara hidup rakyat. Menurut beliau, risiko utama adalah sekiranya pemain logistik mula memindahkan peningkatan kos operasi secara agresif kepada pengguna akhir.
“Jika rantaian logistik mula menaikkan caj mereka secara mendadak tanpa kawalan, maka impak heretan kos ini akan dirasai secara langsung oleh rakyat dalam perbelanjaan harian mereka,” katanya. –
Inflationary Pressure Global Commodity Inflation Increased Global Transportation Costs De-Stocking Of Fuel Prices Nationally Rise In Inflation To 1.9% Professor Released A Press Statement The Bank Of Malaysia's Ongoing Rate Of 1.5 To Government's Capacity To Mitigate The Impact O
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
National No. 1 cracks under pressure and falls to lower-ranked ChineseMay 20 (Reuters) - OpenAI is preparing to file for an initial public offering in the coming days or weeks, the Wall Street Journal reported on Wednesday, citing people familiar with the matter.
Read more »
Sabah Tennis Association urges court upgrades amid rising talentsKota Kinabalu: Sabah Tennis Association (STA) said while the achievements of Yuna Koh and others are praiseworthy, it’s time to turn attention to the poor condition of tennis courts in Sabah.
Read more »
Pressure on the neck identified as cause of death in 7-month-old infantA seven-month-old infant was found unresponsive in a cradle at a babysitter's house in Seremban and died after being revived at the hospital
Read more »
Asia's Economies Face Mounting Pressure from Rising Oil Prices and Weakening CurrenciesAsia's policymakers are taking increasingly urgent and unusual steps to shore up their economies on the front line of the global energy supply shock, with currencies falling to record lows and pressure already forcing up interest rates. Asia buys about 80 per cent of oil shipped through the shuttered Strait of Hormuz and stress in foreign exchange markets is one of the clearest signs that rising fuel prices are starting to hurt growth.
Read more »



